Isnin, Mac 15, 2010

Kisah al-Barkhi dengan muridnya Hatim

Posted by Surau al-Mujahidin on Isnin, Mac 15, 2010 in | 1 comment
Pada suatu ketika bertanya Sheikh Shaqiq al-Barkhi kepada muridnya Hatim, beritahu kepadaku sepanjang kamu belajar denganku apakah yang telah kamu perolehi? Hatim menjelaskan sepanjang belajar dengan al-Barkhi sekurang-kurangnya dia telah mendapat lapan perkara. Antaranya ialah;

1. Apabila melihat manusia didapati setiap orang dari mereka mempunyai kekasih, tetapi kekasih mereka akan meninggalkan mereka ketikamana mereka kembali ke alam kubur. Justeru Hatim menegaskan beliau akan menjadikan amalannya sebagai kekasih kerana amalan tidak akan meninggalkannya tatkala beliau meninggal dunia.

2. Sentiasa mujahadah melawan kehendak hawa nafsu untuk taat kepada Allah SWT. Ini kerana setiap manusia pasti mempunyai nafsu dan nafsu ini mesti dilawan sehinggalah ianya tunduk kepada kehendak dan perintah Allah SWT.

3. Didapati manusia apabila mempunyai barang yang bernilai akan menjaganya dengan baik sedangkan setiap yang ada pada manusia pasti akan hilang dan yang kekal hanyalah apa yang ada pada Allah SWT. Dari itu Hatim menjelaskan aku berusaha jadikan barang bernilai dibelanjakan ke jalan Allah SWT supaya apa yang diperolehi kekal di sisi Allah SWT.

4. Manusia meletakkan kemuliaan seseorang kepada hartanya sedangkan pada hakikatnya ianya tidak mempunyai apa-apa pun. Yang mulia sebenarnya adalah yang paling bertaqwa kepada Allah SWT. Sebagaimana maksud firman Allah SWT; sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan manusia.

Manakala empat lagi perkara yang diperolehi Hatim akan disambung pada siri-siri kuliah yang akan datang.

Kuliah maghrib Ustaz Wan Shukairi 13 Mac 2010

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, satu usaha yang baik dalam penyampaian ilmu dan dakwah. Terima kasih wahai saudaraku.

    BalasPadam