Rabu, Julai 01, 2009

Karnival Desa Surada

Posted by Surau al-Mujahidin on Rabu, Julai 01, 2009 in | No comments

Oleh: Urusetia Program Karnival

prihatin09@gmail.com

Julung kali dalam sejarah di Taman Desa Surada diadakan Karnival 10 Tahun PAS Desa Surada. Program karnival ini yang bertemakan ‘PAS Pemimpin Perubahan’ diadakan pada Ahad 28 Jun 2009. Karnival ini pada sebelah siangnya diadakan aktiviti permainan dan jualan, manakala malamnya diadakan ceramah dan nasyid.

Mulai seawal jam 9 pagi program bermula dengan ucaptama dan majlis perasmian disempurnakan ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Serdang. Turut mengiringi beliau ialah En Shukor Atan selaku Ketua Cawangan PAS Desa Surada dan Ketua Muslimat PAS Serdang. Antara perkara yang diketengahkan Dr Shafie semasa majlis perasmian ini ialah menjadikan Bangi sebagai hub bagi memperluaskan pengaruh PAS di bahagian Selatan tanah air. Ini dapat direalisasikan lantaran Bangi merupakan DUN paling Selatan dan memperoleh majoriti paling besar di Selangor.

Sambutan masyarakat setempat amat membanggakan dan antara kaunter yang paling sibuk melayan pelanggan adalah kaunter pendaftaran ahli PAS. Khidmat penerangan serta penjelasan terhadap kerajaan Pakatan turut diberikan. Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan tentang program ini.

Di sebelah malamnya diadakan acara berhibur sambil belajar yang mana ceramah dan nasyid diselang-selikan. Penceramah jemputan yang hadir Saudara Sany Hamzan, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor dan Dr Badrulamin Bahron mewakili PKR. Persembanhan nasid diserikan Saudara Azhan Atan, juara Akademi Nasyid 2008 anjuran TV9. Karnival 10 Tahun PAS Desa Surada secara rasminya menutup tirai tepat jam 12 tengah malam selepas alunan zikir munajat gandingan Dr Badrulamin dan Azhan selesai.

0 ulasan:

Catat Ulasan