Isnin, Mac 26, 2018

Posted by Norhayati Sulaiman on Isnin, Mac 26, 2018 | 1 comment
Program Riadah dan Jati Diri Remaja di Skytrex, Bukit Cherakah, Shah Alam

Bersempena dengan cuti sekolah baru-baru ini, pihak AJK Muslimat Surau Al Mujahidin telah mengadakan program lawatan dan riadah  serta jati diri di Skytrex, Bukit Cherakah, Shah Alam. Program ini telah diadakan pada 22 hb Mac 2018. Program ini melibatkan tiga puluh orang remaja (keutamaan kepada remaja lelaki) Taman Desa Surada, dengan diiringi oleh beberapa orang AJK Surau Al Mujahidin termasuk Ketua Muslimat, Dr. Siti Norul  Huda, dan beberapa orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kesemua peserta dan beberapa orang pengiring telah menaiki sebuah bas yang disewa khas untuk ke tempat tersebut.Manakala pengiring yang lain menaiki kenderaan sendiri untuk ke sana. Mereka ini bergerak dari perkarangan surau  pada pukul 8.00 pagi dan telah sampai di sana pada pukul 9.00 pagi.

Apabila sampai di sana, semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu remaja dan dewasa, dan kanak-kanak. Bagi kumpulan kanak-kanak, aktiviti mereka tidaklah terlalu ekstrem. Manakala untuk kumpulan remaja dan dewasa, aktiviti mereka adalah sangat ekstrem, di mana ketinggian pokok sahaja mencecah ketinggian bangunan tiga tingkat. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan peserta sangat-sangat dititikberatkan di dalam aktiviti ini.

Program ini juga diselangi dengan pengisian rohani seperti tazkiran ringkas dan solat berjemaah. Makanan tengahari pula dinikmati bersama sambil beramah mesra dengan peserta dan pengiring yang ada.

Program ini berakhir dengan jayanya pada pukul 3.00 petang dan semuanya selamat sampai di perkarangan surau sebelum waktu Asar.Diharapkan program ini mencapai objektif yang ditetapkan iaitu pembentukan jati diri remaja Taman Desa Surada.Semoga juga, aktiviti ini dapat mengarahkan para remaja ini ke arah aktiviti yang sihat dan berfaedah di sepanjang cuti sekolah mereka. 
















1 ulasan: