Rabu, Mac 14, 2018

Ceramah Solat dan Sains

Posted by Norhayati Sulaiman on Rabu, Mac 14, 2018 | No comments
Pada 11 hb Mac 2018 yang lepas, AJK Muslimat Surau Al Mujahidin telah mengadakan suatu program ceramah yang bertajuk "Sains dan Solat". Ceramah ini telah disampaikan oleh Profesor Ir. Dr. Fatimah Ibrahim yang merupakan Ketua Jabatan, Pusat Inovasi dan Kejuruteraan Perubatan, Universiti Malaya.Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hamsatul Azura, Ahli Majlis Perbandaran Kajang. Program ini mendapat sambutan yang hangat, iaitu lebih kurang dua ratus orang peserta dari sekitar Bandar Baru Bangi dan Bandar Bukit Mahkota.
Professor Ir. Dr. Fatimah telah menerangkan tentang kebaikan solat terhadap kesihatan manusia dari segi postur badan sahaja. Ini disebabkan kekurangan masa yang ada. Walau bagaimanapun, daripada ceramah beliau, hadirin mendapat pengetahuan bahawa solat dengan postur badan yang betul, dapat menjaga kesihatan jantung, menyeimbangkan bendalir badan, menurunkan kolesterol darah,mengurangkan kesakitan otot badan dan sebagainya .Selain daripada teori,hadirin juga ditunjukkan dengan cara solat yang betul (praktikal) dan bagaimana ia boleh membantu memperbaiki kesihatan tubuh badan kita   






0 ulasan:

Catat Ulasan