Selasa, Mac 06, 2018

Kejohanan Bola Jaring Piala Al Mujahidin 2018

Posted by Unknown on Selasa, Mac 06, 2018 in | No comments
Assalamualaikum wbt.

Baru baru ini pihak AJK  Muslimat Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada telah berjaya menganjurkan Pertandingan  Kejohanan Bola Jaring Piala Al Mujahidin pada 3 Mac 2018 di Padang bola jaring UKM. Pertandingan ini  telah mendapat penyertaan yang menggalakkan dari masyarakat sekitar. Sokongan penuh telah diberikan oleh AJK Surau Al Mujahidin, Pejabat ADUN Bangi dan individu bagi menganjurkan aktiviti ke peringkat Daerah,  Sebanyak 19 pasukan yang mewakili kategori Kanak-Kanak dibawah 12 tahun ialah 3 pasukan, Kategori Remaja 6 pasukan dan Kategori Dewasa 10 penyertaan. Pasukan-pasukan ini dari Taman Desa Surada, Sekolah ABIM, Sekolah Kebangsaan Datok Abu Bakar Baginda, IKTBN Sepang, Bukit Mahkota Bangi dan juga pasukan dari Shah Alam. Pertandingan telah dijalankan secara liga dan kalah mati. Pertandingan  bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. Kehadiran adalah dianggarkan seramai 240 orang meliputi pemain, pengunjung dan penganjur. Kejohanan telah dirasmikan oleh Pn. Hamsatul Hazura binti Hamzah Ahli Majlis MPKJ. Manakala untuk acara penutup dan penyampaian hadiah telah dilakssanakan oleh Ustaz Muhamad Shukor Atan, Pengerusi Surau Al Mujahidin dengan diringi Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Surada Tuan Hj. Mohd. Azam Hamzah.

Kategori Remaja bawah 12 tahun
Tempat Pertama: Remaja Taman Desa Surada
Tempat ke dua: ABIM 1
Temapt ke Tiga: ABIM 2

Kategori Atas 12 Tahun
Tempat Pertama: Sekolah Abu Bakar Baginda
Tempat ke dua: ABIM 1
Tempat ke tiga: Abimians

Kategori Dewasa
Tempat Pertama: Mix United
Tempat Ke dua: ABIM 1
Tempat Ke tiga: IKTBN Sepang

Pihak AJK  Muslimat Surau Al Mujahidin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menganjurkan dan menjayakan kejohanan ini.  Semoga  kejohanan ini akan menjadi wadah untuk Muslimat Surau Al Mujahidin menyampaikan dakwah dan syiar Islam yang syumul.

Wallahualam.






























0 ulasan:

Catat Ulasan