Sabtu, September 19, 2009

Pusat Islam al-Mujahidin, Desa Surada

Posted by Surau al-Mujahidin on Sabtu, September 19, 2009 in | No comments
YB Dr Shafie berucap menyempurnakan Majlis Khatam Quran & Pengagihan Sumbangan di Surau al-Mujahidin, Desa Surada

Tanpa disangka, orang mengantuk disorongkan bantal. Tanpa diduga hasrat sekian lama Jawatan Kuasa Surau al-Mujahidin, Desa Surada, yang diketuai Tn Mohamad Shukor bin Atan bagi menjadikan Desa Surada sebagai salah satu hub Bangi Bandar Ilmu disambut sepenuhnya YB Dr Shafie bin Abu Bakar, ADUN Bangi merangkap Timbalan Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.

Semasa menyempurnakan Majlis Penutup Khatam al-Quran & Sumbangan di sini malam tadi (18 September 2009), selain dari menyokong penuh hasrat di atas, YB ADUN Bangi turut menegaskan setiap AJK yang dilantik bagi menguruskan hal-ehwal suarau dan masjid hendaklah menerima sepenuh hati dan melaksanakan amanah yang diberikan. Ini kerana AJK surau merupakan orang yang dilantik bagi menguruskan Rumah Allah dan tiada yang lebih baik selain Rumah Allah SWT.

Beliau turut menyeru agar meningkatkan aktiviti keilmuan. Ini kerana di peringkat Negeri tiada suatu halangan yang dikenakan bagi surau dan masjid melaksanakan aktiviti. Bahkan penganjuran tazkirah Ramadhan di setiap surau digalakkan tidak dihadkan masa sama ada selepas maghrib, sebelum solat tarawikh, pertengahannya, pengakhirannya ataupun setelah selesai solat witir.

Turut dinyatakan masjid yang perlu dijadikan contoh di Bandar Baru Bangi ialah Surau an-Nur di Sekyen 1. seharusnya setiap masjid dan surau bersaing dengan masjid tersebut dalam menyemarakkan aktiviti keilmuan. Dalam masa yang sama jika hasrat menjadikan Surau al-Mujahidin sebagai Pusat Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan yang berhubung dengannya perlu mencapai tahap program keilmuan seumpama Surau an-Nur.

Untuk itu, perlu bertindak dengan segera menyediakan proposal dan kemukakan ke peringkat atasan. Di majlis tersebut Dr Shafie menyokong penuh hasrat ini dan akan merealisasikan hasrat ini berlandaskan kepentingan yang kuat demi kepentingan Islam di sini bahkan keseluruhannya.

0 ulasan:

Catat Ulasan