Salam Prof. / Dr. / Tuan/Puan:
Klinik Pemeriksaan Kendiri Payudara di Institut Biosains, UPM
Tarikh : 17 Oktober 2024
Tempat : Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor
Masa : 9.00 pagi hingga 3.00 petang
Harga : PERCUMA!
Sempena Hari Terbuka Institut Biosains dan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Laboratori Penyelidikan Kanser UPM – MAKNA (CANRES), Institut Biosains,UPM dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) akan mengadakan Klinik Pemeriksaan Kendiri Payudara. Tujuan klinik ini adalah:
1.Memberi kesedaran tentang kanser payudara;
2.Mengajar teknik pemeriksaan kendiri payudara;
3.Menjalankan pemeriksaan fizikal oleh jururawat terlatih dari BCWA.
Setiap slot memakan masa selama 20 minit. Orang ramai termasuklah pelajar UPM, staf UPM dan komuniti setempat atau luar dijemput untuk menyertai klinik ini dengan mengisi slot tempahan https://forms.gle/GMArJT4rWS8H9xNX8 sekurang-kurangnya sehari sebelum aktiviti berlangsung. Terima kasih
0 ulasan:
Catat Ulasan