Khamis, Jun 24, 2010

Kefardhuan Solat

Posted by Surau al-Mujahidin on Khamis, Jun 24, 2010 in | No comments

Solat merupakan suatu amalan yang diwajibkan bagi setiap umat Islam, namun adalah amat tidak memadai jika solat yang dilaksanakan tidak ditambah nilai dengan solat-solat sunat. Ini kerana pada setiap solat fardhu pasti ada kekurangan yang dilaksanakan manusia, justeru solat sunat menampung kekurangan dan ketidaksempurnaan solat-solat fardhu.

Telah diketahui umum bahawa tidak akan sempurna solat andainya tidak sempurna rukunnya bahkan membawa kepada batalnya solat tersebut. Tidak sempurna bab rukun solat maka tidak sah solat tersebut. Jika rosak solat natijahnya membawa kepada tertolaklah segala amalan lain yang dilaksanakan.

Seorang kafir melakukan amalan baik seumpama riak-riak panas yang kelihatan di tempat yang kering, apabila menuju ke arahnya pasti tiada apa-apa yang wujud padanya. Begitu jualah yang diumpamakan bagi seorang yang melakukan solat yang tidak sempurna apabila menemui Rabb al-Jalil tiada apapun yang boleh diperolehnya.

Ingatlah matlamat agung perjalanan hidup seseorang hamba adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Dari itu jangan menganggap dosa kecil adalah kecil di sisi kita kerana di sisi Allah SWT walaupun dosa tersebut kategori kecil namun pembalasannya tetap tidak tertanggung manusia.

Untuk itu bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT mestilah dimulai dengan solat. Apabila bermulanya takbir, haram bagi manusia mengingati perkara-perkara keduniaan. Perlaksanaan solat juga mesti bergantung kepada waktu-waktunya, ia meliputi empat;

  1. Waktu Fadhilat
  2. Waktu Sunnah
  3. Waktu Karahah
  4. Waktu Tahrim

Oleh itu hendaklah sentiasa wajib bercita-cita untuk mengerjakan solat pada waktunya. Jika tiada niat tiba-tiba manusia mati, maka ianya mati dalam keadaan berdosa besar.

Kuliah maghrib Ustaz Mohamad Nazir Zakaria 21 Jun 2010

0 ulasan:

Catat Ulasan