Khamis, Februari 11, 2010

Abdullah bin Huzafah al-Sahmi

Posted by Surau al-Mujahidin on Khamis, Februari 11, 2010 in | No comments
Abdullah bin Huzafah al-Sahmi adalah antara salah seorang sahabah yang diutuskan Rasulullah SAW kepada para pemerintah dan raja-raja semasa. Di zaman Khalifah Umar al-Khattab juga beliau ditugaskan sebagai utusan dan pada suatu ketika beliau diutuskan kepada Raja Rom.

Di dalam perjalan menemui Raja rom, kumpulan utusan Khalifah Umar al-Khattab ini yang diketuai Abdullah al-Sahmi telah ditawan tentera Rom. Tawanan tersebut tidak dibunuh akan tetapi ditangkap hidup-hidup dan dibawa mengadap Raja Rom sebagaimana yang diperintahkan raja tersebut.

Raja Rom telah mewarkan pembebasan dari tahanan kepada Abdullah al-Sahmi dan para sahabahnya. Tawaran utama yang ditawarkan Raja Rom ialah tidak akan membunuh tawanan muslim jika sanggup menukar dari agama Islam kepada agama Nasrani (Kristian). Namun Abdullah al-Sahmi berkata andai aku mempunyai lebih dari satu nyawa pun tidak akan aku tukarkan Islam dengan Nasrani.

Akibat dari itu Raja Rom menjadi marah, lalu diperintahkan agar Abdullah al-Sahmi diikatkan umpama salib kemudian dipanah tangan dan kakinya. Lalu ditanya pula tentang tawaran menukarkan agama kepada Nasrani, jawapan yang diberikan Abdullah al-Sahmi adalah sama, “andai aku mempunyai lebih dari satu nyawa sekalipun tidak akan ditukarkan Islam dengan Nasrani.”

Raja Rom kemudian menitahkan agar disediakan kawah yang mendidih, kemudian diarahkan dua orang yang bersama dengan Abdullah al-Sahmi dimasukkan ke dalam kawah yang mendidih tersebut. Lantas diarahkan pula Abdullah al-sahmi masuk ke dalam kawah tersebut. Apabila menghampiri kawah, Abdullah al-Sahmi menangis, pengawal yang mengiringi beliau memaklumkan kepada Raja Rom tentang perkara tersebut. Raja Rom mengeluarkan arahan agar Abdullah al-Sahmi dibawa mengadap.

Kemudian Raja Rom bertanyakan Abdullah al-Sahmi mengapa dia menangis? Adakah dia sudah bersedia menukarkan agamanya kepada Nasrani? Lantas Abdullah al-sahmi menjawab, aku menangis sedih kerana hanya mempunyai satu nyawa, andai aku mempunyai banyak nyawa sekalipun tetap aku akan berpegang dengan Islam.

Disebabkan betapa kuatnya pegangan Abdullah al-Sahmi kepada Islam telah mengubah fikiran Raja Rom, baginda membatalkan aran dilemparkan Abdullah al-Sahmi ke dalam kawah yang mendidih tetapi diberikan tawaran pembebasan dengan mencium kepala Raja Rom. Setelah berbincang dengan para sahabat yang ditahan bersamanya, Abdullah al-Sahmi bersetuju mencium kepala Raja Rom sebagai syarat pembebasan.

Setelah dibebaskan dari tawanan Raja Rom, peristiwa tersebut sampai ke pengetahuan Khalifah Umar al-Khattab. Berkata Saidina Umar al-Khattab, setiap muslim patut mencium kepala Abdullah bin Huzaifah al-Sahmi. Diriwayatkan Saidina Umar al-Khattab merupakan orang pertama yang mencium kepala Abdullah al-Sahmi.

Kuliah Maghrib Prof Madya Kamaruddin Salleh 10 Feb 2010

0 ulasan:

Catat Ulasan