Ahad, Ogos 15, 2021

JALAN PINTAS MERAIH CINTA AGUNG OLEH USTAZAH ROSE ALIZA

🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KULIAH DHUHA

📅 TARIKH: 15/8/2021

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama 

#salammaalhijrah

                                             




Tips bagi Istighfar & Taubat : Jalan Pintas Meraih Cinta Agung:
  1. Meminta maaf sejurus apabila merasa gusar dan tidak meneruskan perbuatan keji
  2. Dosa besar (Allah menyebut dalam hukuman hudud spt zina, syirik, sihir, tidak taat kepada suami, menukar jantina, fitnah, berjudi, menipu timbangan, makan harta anak yatim, meramal nasib. tabarruj berlebihan, tinggal solat jumaat tanpa alasan) akan mendapat kemurkaan Allah.
  3. Dosa kecil (Contoh  melihat lelaki dan wanita bukan mahram, bermain sesuatu yang melalaikan, berpuasa pd hari terlarang, bertengkar kerana menegakkan pendapat ).
  4. Teknik memohon keampunan kepada Allah iaitu Bertaubat Nasuha dan beristigfar serta tidak rasa berputus asa serta yakin Allah akan mengampunkan dosa kita, bersedekah dijadikan tabung di akhirat, berbuat kepada kedua ibubapa kita jika anak-anak kita tidak menghormati kita kerana tabiat adalah bersifat resiprokal.
  5. Hikmat taubat & istighfar akan meningkatkan keimanan kita. Allah akan menggantikan dosa kita sebagai pahala. Kita juga dapat mengalahkan syaitan yang suka menghasut manusia spt melengah-lengahkan buat kebaikan. Allah memurahkan rezeki orang yang bertaubat, mendapat cinta agung dari Allah. Allah akan memberi ilham dan mendorong sesuatu kebaikan kepada kita. Allah lebih gembira apbila kita bertaubat.  
  6. Lafaz penghulu istghfar  seperti amalan Al-Mathurat. 
  7. Maafkanlah kesalahan orang lain untuk memasuki syurga walaupun sebesar mana dosanya. Jika pilih untuk memberi  kemaafan, maka syurga milik kita. Elak dengan emosi ego, dendam, bongkak, menegak benang yang basah, emosi-emosi ini boleh menyebabkan stress atau tekanan perasaan akan meningkatkan aderanilin menyebabkan kita mudah mendapat penyakit, seperti kanser, menyebabkan sistem imunisasi semakin rendah, 
  8. Bersedekah adalah satu amalan yang boleh meningkat tabung akhirat.

Doa penenang jiwa dikongsi oleh Ustazah Rose Aliza seperti berikut:

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

Artinya :
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada penderitaan, daripada takdir yang buruk & daripada keberhasilan musuh (gembira atas kejatuhanku)

 

 

 

 

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ

Artinya :
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”

 

 

 

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ  

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung kepadaMu daripada sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung kepadaMu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang”



 

 







Ahad, Ogos 08, 2021

Tafsir Surah Al-Insan oleh Ustazah Syafawati Salihan

 

🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KULIAH DHUHA

📅 TARIKH: 8/8/2021

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

#salammaalhijrah







Intipati:

1. Menceritakan penciptaan manusia oleh Allah dari permulaan air mani dan kemudian menjadi darah deku, 

-Ayat-ayat penyesalan oleh ahli neraka kerana mereka dahulunya tidak mahu mendengar dan memahami. 
-Allah telah menyediakan neraka bagi orang-orang kufur yang mempunyai beberapa rantai dan belenggu dan nerakan yang api menjulang-julang. 
-Allah juga cerita berkenaan nikmat di syurga bagi orang-orang yang taat dan kebajikan seperti  mengandungi mata air. 
-Kelebihan kita perlu diberi manfaat kepada orang lain. 
-Penghuni syurga mempunyai ciri-ciri berikut iaitu 
a. Menyempurnakan Nazar, 
b.Memberi makan benda-benda yang dihajati dan disukai kepada orang miskin dan anak yatim serta tawanan kerana Allah semata-mata tanpa berkehendakan balasan
c. Orang yang takut kepada azab Allah dengan keadaan mereka berkerut-kerut. 
-Penghuni syurga memberi khabar gembira kepada mereka yang menjaga diri dari kesalahan. 
-Sabar mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya akan dibalas oleh Allah dengan syurga dan sutera. 
-Gambaran gembira di syurga kepada orang beriman dan beramal soleh - beberapa sungai yang mengalir, dan dihadiahkan buah-buah syurga yang sama rupanya tetapi  mempunyai 99% nikmat.
-Rehat di dalam syurga dengan berbaring-baring di atas pelamin-pelamin yang mana tidak mempunyai cahaya matahari panas mahupun sejuk serta mendapatkan buah-buahan yang mudah dipetik. 
-Nikmat pelamin, buah-buahan, hiasan, mataair, pelayan di dunia hanya peratusan kecil berbanding penghuni syurga yang boleh perolehi dengan terlalu mudah dan nikmat yang berlipat kali ganda. Malah Allah menciptakannya untuk menjemput manusia  (yang berusaha) menikmatinya apabila di syurga nanti.
-Nikmat yang bakal diperolehi oleh orang yang sabar menerima hukum Tuhannya.
-Sentiasalah sebut nama tuhan kami dengan berzikir. 
-Bersujudlah pada waktu malam dengan memuji Allah 
-Bagi orang yang menentang Allah, 
- Allah mengulangi penciptaan manusia  yang menguatkan tulang sedni dan urat saraf mereka. 
-Allah memperingatkan kita bahawa dua kehidupan pada hari akhirat iaitu syurga yang penuh nikmat dan neraka yang penuh dengan keseksaan.



Ahad, Ogos 01, 2021

Pengurusan Gajet Keluarga dari perspektif Kaunseling & Psikologi oleh Prof Dr Siti Aishah Bt Hassan, Universiti Putra Malaysia

 


🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KULIAH DHUHA
📅 TARIKH: 1 OGOS 2021
⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi
📱GOOGLEMEET 
Klik untuk join🔽

https://meet.google.com/vkb-pgue-qtr

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

Baca Yasin oleh Ustaz Imam Rusli Jusoh










Tips Perkongsian
1. Jika kita rasa tersalah dalam hal penggunaan gajet, elok berjumpa dengan orang lebih mahir seperti kaunselor.
2. Terapuitik ialah pemilihan muzik yang tepat untuk menenangkan akal dan fikiran atau dinamakan Mindfulness music.
3. Ketagihan kerja bermaksud ialah apabila telah habis kerja tetapi rasa hendak kerja lagi. Ia boleh diatasi dengan menjalankan aktiviti lain seperti hobi, melukis, memasak, berjalan-jalan.

Rujukan 


Khoshbooii, R.; Hassan, S.A.; Deylami, N.; Muhamad, R.; Engku Kamarudin, E.M.; Alareqe, N.A. Effects of Group and Individual Culturally Adapted Cognitive Behavioral Therapy on Depression and Sexual Satisfaction among Perimenopausal Women. Int. J. Environ. Res. Public Health 2021, 18, 7711. https://doi.org/10.3390/ijerph18147711





Ahad, Julai 25, 2021

Pengurusan Emosi Bimbang menurut Islam oleh Dr Salasiah Bt Hanin Hamjah



🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KULIAH DHUHA

📅 TARIKH: 25/7/2021

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

📱GOOGLEMEET 

Klik untuk join🔽

https://meet.google.com/vkb-pgue-qtr

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

#semarakZulhijjah

Slaid pembentangan : Pengurusan Emosi Bimbang menurut Islam






Kaedah Rawatan Kebimbangan
Jika puncanya takut mati sebab covid/penyakit kronik
1. Menginsaf bahawa kematian itu adalah pasti dan tidak serorang pun dapat mengelak
2. Surah Al Akabut 29-57
An Abiya 21:35
Ali Imran 3:185




Hikmah Pandemik Covid19
Allah hendak betulkan gaya hidup kita
Cara kita bekerja -pembaziran, buang masa
Cara kita berinteraksi dalam keluarga - lebih banyak masa
Cara kita beribada - lebih banyak masa, solat dhuha, tahajjud, witir
Cara kita mengurus dapur - lebih ringkas, banyak resepi baru
Belajar di rumah


Memupuk Jiwa Pemaaf

Senarai Nikmat Allah
Ada anak, ada pasangan masih hidup, ada rumah, ada kerja, ada beras/makanan, ada cucu
Memupuk Jiwa Bersyukur

Membina Jiwa yang Kuat - Zikir

A028

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Surah Ar-Rad 13:28

Beristighfar sebelum tidur
Sentiasa berselawat 
Latihan Hati -Allah sentiasa ada dalam dadaku, di setiap hembusan nafasku, di setiap degup jantungku




Ahad, Julai 18, 2021

Korban Membawa Sinar oleh Ustaz Dr Hj Khairul Anuar Bin Abu Othman

 



🕌Makluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada🕌

📒PROGRAM: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KULIAH DHUHA
📅 TARIKH: 18/7/2021
⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi
📱GOOGLEMEET 
Klik untuk join🔽





MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama
#semarakZulhijjah


Sedikit catatan

1. Qurban yg diterima adalah daripada Habil. 

2. Allah menerima korban dari orang yang bertaqwa dengan memilih binatang korban yang terbaik. 

3. Habil memilih seekor kambing yang terbaik.

4. Korban perlu diiringi dengan taqwa dengan hati yang baik dan bukan bertujuan untuk riak atau menunjuk kekayaan.

5. Selami Kisah Nabi Ibrahim


Ahad, Jun 27, 2021

Tahu MAKNA ,, Solat BERMAKNA (Siri 1) oleh Ustazah Radhiah Idris


Tips menjadikan solat lebih bermakna:

  1. Ibadat yang diterima syariatnya semasa israk mikraj oleh Rasulullah SAW yang asalnya dari 50 kali diturun kepada 5 kali sehari. 
  2. Ibadat solat dilakukan berulang-ulang kali.
  3. Ibadat perlu dibuat meskipun dalam keadaan sakit.
  4. Ibadat solat akan dihisap pertama sekali setelah kematian.
  5. Ibadat solat boleh diganti hanya apabila tertidur atau dilanda 
  6. Rukun Solat ada dua jenis iaitu Qauli dan  Fiqli.
  7. Sunat Hai'ah (iaitu sunat untuk mencantikkan solat contoh Doa Iftitah) dan Sunat Ab'ah.
  8. Elemen Khusyuk- ialah memahami makna ayat atau doa yang dibacakan
  9. Kita perlu mujahadah
  10. Jangan tersalah baca doa iftitah







 

Ahad, Jun 20, 2021

Tafsir Surah Nabi Yusuf oleh Ustazah Shafawati Bt Salihan

 






Kutipan nota Tafsir  Surah Nabi Yusuf oleh Ustzh Shafawati

1. Hanya Perceritaan nabi yusuf

2. surah diturun kpd Rasulullah setelah berhijrah fasa 4- Kaum Quraisyh ingin membunuh Rasulullah SAW ketika Mekah

3. Perancangan adik-beradik Nabi Yusuf sama spt perceritaan kaum Quraisyh ingin menyingkir Rasulullah SAW dari Mekah

4. Rasulullah SAW- 2 kesedihan - Khadijah R.A & Bapa Saudara wafat pd masa yang sama 

5. ayat 23. Ancaman Wanita dgn menggoda N Yusuf  - namun baginda mohon perlindungan

6. ayat 32: Zulaikha menunjuk kecelaannya kpd kaum wanita lain dgn pertontonkan N Yusuf yang kacak sehingga wanita-wanita terpotong jarinya sendiri.

7. N. Yusof rela dipenjarakan akibat kecenderaan pada orang lain.

8. ayat 37: berdakwah dalam penjara kpd 2 org sahabatnya, dan tetap berkawan baik adik-beradiknya meskipun mereka menzalimi baginda

9. Perbezaan Surah Hud = berdakwah Rasulullah SAW pd kaumnya dan Surah Yusuf = berdakwah dgn menunjukkan ahklak yang baik kpd wanita, sahabat, adik-beradiknya- menyatukan semula keluarganya

10. Penutup Surah Yusof mengajak adik-beradiknya bertaubat 

11. Konspirasi jahat adikberadik N Yusof ditutup dgn cerita Nabi Yusuf menyediakan Konspirasi baik kepada adik-beradiknya. 

12. Teknik N. Yusuf ingin menyelamatkan adiknya Bunyamin dari duduk bersama dgn abang2 yang jahat dgn menyuruh adikberadiknya membawa adiknya kepada baginda sebelum memberi makanan kepada adikberadiknya. 

13. N. Yaakob berdukacita terhadap Yusof sehingga buta matanya kerana kehilangan anak-anaknya dan memohon anak-anaknya tidak berputus asa dari rahmat pertolongan Allah.