Ahad, Ogos 08, 2021

Tafsir Surah Al-Insan oleh Ustazah Syafawati Salihan

Posted by Ketua Muslimat Sesi 2020-2022 on Ahad, Ogos 08, 2021 | No comments

 

๐Ÿ•ŒMakluman Program Surau Al Mujahidin Taman Desa Surada๐Ÿ•Œ

๐Ÿ“’PROGRAM: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN KULIAH DHUHA

๐Ÿ“… TARIKH: 8/8/2021

⏰ MASA: 9.30-11.00 pagi

๐Ÿ“ฑGOOGLEMEET 

Klik untuk join๐Ÿ”ฝ

 https://meet.google.com/jxn-nqti-vqp

MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

#jomraikanbersama

#salammaalhijrah







Intipati:

1. Menceritakan penciptaan manusia oleh Allah dari permulaan air mani dan kemudian menjadi darah deku, 

-Ayat-ayat penyesalan oleh ahli neraka kerana mereka dahulunya tidak mahu mendengar dan memahami. 
-Allah telah menyediakan neraka bagi orang-orang kufur yang mempunyai beberapa rantai dan belenggu dan nerakan yang api menjulang-julang. 
-Allah juga cerita berkenaan nikmat di syurga bagi orang-orang yang taat dan kebajikan seperti  mengandungi mata air. 
-Kelebihan kita perlu diberi manfaat kepada orang lain. 
-Penghuni syurga mempunyai ciri-ciri berikut iaitu 
a. Menyempurnakan Nazar, 
b.Memberi makan benda-benda yang dihajati dan disukai kepada orang miskin dan anak yatim serta tawanan kerana Allah semata-mata tanpa berkehendakan balasan
c. Orang yang takut kepada azab Allah dengan keadaan mereka berkerut-kerut. 
-Penghuni syurga memberi khabar gembira kepada mereka yang menjaga diri dari kesalahan. 
-Sabar mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya akan dibalas oleh Allah dengan syurga dan sutera. 
-Gambaran gembira di syurga kepada orang beriman dan beramal soleh - beberapa sungai yang mengalir, dan dihadiahkan buah-buah syurga yang sama rupanya tetapi  mempunyai 99% nikmat.
-Rehat di dalam syurga dengan berbaring-baring di atas pelamin-pelamin yang mana tidak mempunyai cahaya matahari panas mahupun sejuk serta mendapatkan buah-buahan yang mudah dipetik. 
-Nikmat pelamin, buah-buahan, hiasan, mataair, pelayan di dunia hanya peratusan kecil berbanding penghuni syurga yang boleh perolehi dengan terlalu mudah dan nikmat yang berlipat kali ganda. Malah Allah menciptakannya untuk menjemput manusia  (yang berusaha) menikmatinya apabila di syurga nanti.
-Nikmat yang bakal diperolehi oleh orang yang sabar menerima hukum Tuhannya.
-Sentiasalah sebut nama tuhan kami dengan berzikir. 
-Bersujudlah pada waktu malam dengan memuji Allah 
-Bagi orang yang menentang Allah, 
- Allah mengulangi penciptaan manusia  yang menguatkan tulang sedni dan urat saraf mereka. 
-Allah memperingatkan kita bahawa dua kehidupan pada hari akhirat iaitu syurga yang penuh nikmat dan neraka yang penuh dengan keseksaan.



0 ulasan:

Catat Ulasan