Khamis, Januari 01, 2026

Edaran Sumbangan Banjir Acheh dari Qariah Surau Al Mujahidin BBBangi dan penduduk Bugis Malaysia


3 Jan 2026, edaran sebanyak 300 bungkus makanan kepada penduduk Kampung Simpang, Temiang, Acheh telah dijalankan sejurus solat jumaat selesai. Kelihatan beberapa tempat masih dilanda hujan dan banjir  di mana kereta-kereta terpaksa mengharungi air  di tengah kota untuk sampai ke destinasi selamat. Penduduk juga masih berpakaian yang dipenuhi lumpur.  Rumah juga turut berlumpur tebal kerana penduduk Acheh sukar mendapatkan air untuk pembersihan rumah. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk Malaysia yang memberi bantuan makanan, telekung, tuala, dan selimut.








Assalamualaikumwarahmatullah 

1 Jan 2026, pembuka tahun 2026, rakyat Malaysia khususnya Qariah Al Mujahidin, Bandar Baru Bangi, Selangor dan penduduk Bugis Malaysia, yang telah melimpahkan kasih sayang tanpa sempadan kepada penduduk Bupati Aceh Tamiang, yang telah ditimpa musibah banjir dengan kehilangan sebanyak 4.839 rumah warga hilang tersapu banjir dengan jumlah korban mencecah 1140 orang yang melanda wilayahnya pada akhir November 2025 lalu.  Sumbangan melebihi RM2000 itu digunakan untuk pembelian keperluan seharian penduduk dan bungkusan makanan yang diedarkan kepada penduduk yang rata-rata kelihatan tinggal di dalam khemah ditapak perumahan masing-masing.  Esok Jumaat 2 Januari 2026, sukarelawan yang diketuai oleh Suriati, dijangka akan mengedarkan makanan dengan lauk rendang daging kepada penduduk Acheh yang telah lama tidak dapat menikmati daging merah, iaitu sumber utama zink yang mencegah penyakit anemia dan baik untuk kesihatan sistem kesuburan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga Allah menerima sumbangan ini sebagai satu ibadah. Kepada yang ingin menyumbang, boleh disalurkan melalui No akaun: 12100000238717, Nama Bank: Bank Muamalat, Nama Pemegang: Surau Al Mujahidin dengan Rujukan: #SumbgnMangsaBanjirRiau atau QR dengan memberi bukti sumbangan kepada bendahari bagi tujuan notifikasi secara masjidalmujahidin@gmail.com.

Pulau Pandan jauh ke tengah, 

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah, 

Budi yang baik dikenang juga.


Ranting kenanga panjang sejengkal,

Tumbuh lama di tepi telaga.

Harta dunia tiada kekal,

Amal juga membawa ke syurga.




https://nasional.kompas.com/read/2025/12/30/13205331/aceh-tamiang-usai-banjir-4839-rumah-hilang-beberapa-desa-betul-betul-raib
https://www.youtube.com/watch?v=a-7Ss-5bTiU