Posted by Norhayati Sulaiman on Khamis, Disember 12, 2019 | No comments
Kehidupan seharian adakalanya tidak berjalan seperti yang di rancang. Ianya penuh dengan onak ranjau berduri. Peranan yang pelbagai sebagai pasangan, ibu bapa dan pekerja adakalanya sangat membebankan. Ianya mungkin boleh menimbulkan ketegangan (stress) dalam kehidupan seharian. Jika salah langkah, mungkin kehidupan pasangan atau keluarga atau rakan sekerja atau pencapaian kerjaya akan terjejas.
Lantaran dari itu, pihak AJK Muslimat Surau Al Mujahidin telah mengadakan Ceramah Perdana bersama Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki pada 30 hb. Oktober 2019 (Rabu). Ceramah santai yang bertajuk "Senyum....Allah ada" telah diadakan selepas Solat Maghrib di surau kita.
Ustazah Isfadiah , dalam ceramahnya telah memberikan statistik tentang masalah mental di Malaysia, yang bukan sahaja berlaku di kalangan orang dewasa, malahan juga remaja dan kanak-kanak . Ada pelbagai sebab yang menyebabkan berlakunya fenomena ini. Terlalu terbeban dengan tekanan hidup, kemelut rumahangga, cara gaya keibubapaan yang terlalu longgar/keras, bebanan tanggungjawab (termasuk terhadap anak), meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi dan tidak realistik sama ada pada pasangan atau anak dan sebagainya.
Ada pelbagai tips yang diberikan untuk menangani permasalahan ini. Antaranya komunikasi yang berkesan, pembahagian tugas dalam rumahtangga, pencarian ilmu untuk memantapkan diri dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar, mencari ilmu agama agar lebih memahami tanggungjawab dari segi agama dan sebagainya.
Ceramah ini banyak memberi kesedaran kepada ibu bapa terutamanya dalam mengharungi kehidupan seharian. Apapun, kitta perlu ingat, Allah sentiasa ada untuk kita tersenyum kembali. Cabaran dalam kehidupan adalah lumrah. Dunia adalah pentas ujian. Akhirat nanti adalah tempat untuk berehat dan bersenang lenang. Jadi, sabar dan senyum, kerana Allah sentiasa ada.
Ceramah yang hampir satu setengah jam ini sangat menyentuh hati. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna buat para jemaah yang hadir pada malam itu.
Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah buat anak-anak yang dipilih berdasarkan komitmen dan kelebihan tertentu yang ditetapkan. Anak-anak ini adalah dari mereka yang menyertai Kelas Bimbingan Kerjarumah di surau ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan