Posted by Norhayati Sulaiman on Isnin, April 15, 2019 | No comments
Pada 31 Mac 2019 (Ahad), telah diadakan program khas untuk Muslimat iaitu, Bengkel Smart Solat di Ruang Solat, Surau Al Mujahidin. Program ini adalah dibawah kelolaan Unit Tarbiyah Muslimat dan disampaikan oleh Ustazah Radhiah.Seramai hampir lima puluh orang peserta wanita dari kariah taman ini, telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini menggunakan buku "Mari Mendirikan Solat", susunan Dr. Hasnan Kasan.
Ustazah Radhiah menerangkan bahawa rukun dalam solat terbahagi kepada rukun qauli, rukun fi"li dan rukun qalbi. Begitu juga perkara sunat dalam solat yang terdiri daripada sunat hai'ah dan sunat ab'ad. Beliau telah menunjukkan dengan terperinci, bagaimana sesuatu lafaz itu perlu diucapkan, bila ia perlu diucapkan dan pergerakan tubuh badan bagi setiap rukun yang terlibat.
Ustazah Radhiah juga menekankan tentang kesilapan-kesilapan yang sering para Muslimat lakukan ketika bersolat. Beliau telah menunjukkan dengan jelas dan terperinci bagi setiap rukun-rukun solat yang ada serta perkara-perkara sunat dalam solat.
Sesi yang bermula pada pukul 9.30 pagi ini, berakhir pada pukul 11.30 pagi dan di tutupi dengan jamuan ringan yang disediakan. Diharapkan dengan bengkel yang singkat ini, para Muslimat dapat memperbaiki kekurangan solat masing-masing, Walau bagaimanapun, jika ada kelapangan, bengkel ini akan diteruskan lagi buat siri yang berikutnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan