Posted by Norhayati Sulaiman on Khamis, Jun 14, 2018 | No comments
Pada 10 hb. Jun 2018 (Ahad), bersamaan 25 Ramadan 1439H, buat julung kalinya diadakan majlis perlancaran buku Al Asma Al Husna yang diterbitkan sendiri oleh Ahli Jawatankuasa Muslimat Surau Al Mujahidin, Taman Desa Surada.Majlis gilang gemilang ini bermula pada pukul 2.00 petang dengan dihadiri oleh penulis buku ini iaitu Ustazah Dr. Bushra Talib dan Ustazah Halwani Nawawi. Selain daripada itu, majlis turut dihadiri oleh para jemaah muslimin dan muslimat Taman Desa Surada ini.
Majlis dimulakan dengan ucapan perlancaran oleh pengerusi Surau Al Mujahidin, Ustaz Shukor Atan. Seterusnya diikuti dengan gimik perlancaran buku ini dan penyerahan cenderahati buat kedua-dua penulis buku ini.
Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Asmaul Husna yang diketuai oleh Ustazah Dr, Bushra. Di dalam majlis ini juga, beberapa orang jemaah meminta untuk didoakan kesejahteraan buat ahli keluarga mereka yang sedang mengalami masalah kesihatan. Semoga dengan asbab nama-nama Allah yang mulia ini, kesakitan atau masalah yang dihadapi mereka akan diatasi.
Majlis ini berakhir hampir pukul 4.00 petang dan berjalan dengan lancar. Setiap tetamu yang hadir diberi sebotol air gau yang telah dibacakan Asma Al Husna tadi. Buku ini juga telah dijual pada harga RM8.00 (harga promosi semasa hari perlancaran) dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. (Selepas tarikh berkenaan, buku ini dijual pada harga RM10.00 senaskah) Semoga dengan adanya buku Al Asma Al Husna ini, ia akan menjadi antara amalan yang baik untuk diamalkan oleh setiap jemaah di sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan