Ahad, Mei 27, 2018

Jamuan Berbuka Puasa bersama Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin Rukaiyah

Posted by Norhayati Sulaiman on Ahad, Mei 27, 2018 | No comments
Jamuan Berbuka Puasa Bersama Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin Ruqaiyah

Pada 20 hb. Mei 2018 (Ahad ), bersamaan 4 Ramadhan 1439H, pihak Ahli Jawatankuasa Muslimat Surau Al Mujahidin telah mengadakan jamuan berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/Miskin Ruqaiyah, Sungai Merab Luar.

Program ini telah diadakan bermula pada pukul 6.20 petang dengan ketibaan anak-anak yatim ini beserta dengan guru-guru pengiring di Surau Al Mujahidin. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengerusi Surau Al Mujahidin, Ustaz Shukor Mohd. Atan.

Dalam program tersebut juga, sumbangan telah disampaikan kepada anak-anak yatim ini dan juga kepada pengurusan sekolah melalui kutipan sumbangan yang telah dilakukan.  Kutipan sumbangan ini pada awalnya berjumlah hampir Rm2500.00. Walau bagaimanapun, ia meningkat menjadi lebih kurang RM3,000.00 pada malam hari program tersebut berlangsung.

Selepas penyampaian sumbangan dilakukan, semua hadirin telah diminta untuk membaca Al-Mathurat. Kemudian, sesi beramah mesra mengambil tempat, sementara menunggu azan Maghrib berkumandang. Jamuan berbuka puasa pada hari tersebut adalah ditaja oleh pihak AJK Muslimat Surau AlMujahidin.Solat Maghrib berjemaah dan jamuan makan bersama dilakukan selepas itu. Program ini berakhir pada pukul 8.00 malam.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pusat pengurusan Pusat Jagaan Anak-anak Yatim/Miskin Ruqaiyah ini yang sudi menerima jemputan kami. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pemberi-pemberi sumbangan yang bermurah hati menyumbang untuk program ini dan juga untuk penghuni pusat jagaan ini. Semoga Allah jua yang dapat membalasnya....








0 ulasan:

Catat Ulasan