Ahad, Februari 18, 2018

Notis Panggilan Mesyuarat Agung 2017

Posted by Kamal Taib on Ahad, Februari 18, 2018 in | No comments
Assalamualaikum,

Penasihat Surau Al-Mujahidin
Ahli Jawatankuasa Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada
Ahli Qariah Taman Desa Surada
Ahli Qariah Taman Melati
Ahli Qariah Taman Seri Mutiara
Ahli Qariah Taman Mutiara Villa
Ahli Qariah Surada Residen
& Ahli Qariah Persekitaran Desa Surada

 Ybhg Dato’/Tuan/Puan,

Notis Mesyuarat Agung  Tahun 2017, Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada

Merujuk kepada perkara tersebut di atas, Mesyuarat Agung, Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 23 hb Februari 2018 (Jumaat), 27 J’ Akhir 1439H
Masa: Selepas Solat Isya’
Tempat: Dewan Solat, Surau Al-Mujahidin, Taman Desa Surada

Sila kemukakan usul-usul (jika ada) secara bertulis kepada Setiausaha sebelum tarikh 18hb Februari 2018 (Isnin) melalui sms / whatsapp (01135396282) atau melalui link di bawah:

https://goo.gl/GXx7uX

Kerjasama dan kehadiran tuan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima  kasih.

Sekian,

Yang menjalankan Amanah. 

   .  tt.
(AZMAN A. RAHMAN)
Setiausaha

0 ulasan:

Catat Ulasan