Rabu, November 11, 2009

Projek Mengindah & Mencantikan Surau al-Mujahidin

Posted by Surau al-Mujahidin on Rabu, November 11, 2009 in | No comments
Ketikamana Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau al-Mujahidin berkira-kira untuk memulakan pembinaan surau bagi Fasa ke3, tanpa diduga datangnya projek yang boleh dianggap 'dari langit' iaitu projek mengindah dan mencantikkan Surau al-Mujahidin di Desa Surada.

Projek ini adalah dari Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri. Saluran peruntukannya adalah melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan di bawah seliaan En Syamsul selaku Ketua Penolong Pengarah bagi daerah Hulu Langat dan Sepang.

Projek yang diperuntukkan ini melibatkan pembinaan pagar batu botol, penambahan ruangan kaki lima solat di bahagian belakang, pembinaan menara, pembinaan parkir penceramah, kerja-kerja mengetar kawasan parkir, mengecat dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Walaubagaimanapun AJK surau akan meneruskan agenda pembangunan Fasa 3 surau kelak kerana ianya tidak akan bertindan dengan projek mengindah dan mencantikkan surau pada ketika ini.

Diharapkan projek ini menjadi rintis bagi meneruskan projek Fasa 3 nanti yang akan menaiktarafkan Surau al Mujahidin kepada Pusat Islam al-Mujahidin yang merangkumi padanya Masjid dan kompleks pendidikan serta yang selari dengannya.

Surau al-Mujahidin, Desa Surada

Penambahan bahagian hadapan surau

Pemasangan pagar batu botol

Kerja konkrit

'Warna' baru surau ialah kuning muda

0 ulasan:

Catat Ulasan