Rabu, Jun 24, 2009

Kenapa Solat Berjamaah Mempunyai 27 Kali Ganda ?

Posted by Surau al-Mujahidin on Rabu, Jun 24, 2009 in | No comments
Ibn Hajar al-Athqalani menjelaskan apabila mengerjakan solat secara berjamaah di tempat azan dilaungkan seseorang akan memperoleh 27 kelebihan yang tidak diperoleh akan diperoleh bagi orang yang mengerjakan solat bersendirian.

Kelebihan pertama yang dinyatakan Ibn Hajar ialah apabila terdengar sahaja azan berkumandang seseorang hendaklah menjawab azan tersebut serta menyelaraskan niat akan mengerjakan solat fardhu secara berjamaah. Menjawab seruan azan merupakan suatu tuntutan besar yang mana ianya dimulai dengan kalimah takbir membesarkan Allah SWT, mentauhid dan menafikan syirik kepadaNya.

Diberitakan sesiapa yang mendengar azan tetapi tidak menjawab azan maka tidak sempurna solatnya kecuali uzur. Begitu jua keadaan rumah yang mendengar seruan azan tetapi ahlinya tidak datang ke masjid untuk menunaikan solat secara berjamaah, diumpamakan hujan telah menyirami rumahnya tetapi hujan tersebut ialah air kencing anjing hitam.

Di zaman Rasulullah SAW , isteri salah seorang sahabat bernazar andai dia memperoleh cahaya mata dia akan meminum air kencing anjing hitam. Takdir Allah SWT menganugerahkan pasangan tersebut seorang cahaya mata, lantas si isteri teringat akan nazar yang telah dilakukannya. Maka sahabat tersebut bertemu Rasulullah SAW untuk meminta pandangan baginda. Rasulullah SAW menjelaskan tidak perlu meminum air kencing anjing hitam, cukuplah dengan menadah air hujan yang turun ke atas rumah yang ahlinya tidak datang solat berjamaah di masjid walau mereka mendengar seruan azan. Ini kerana air hujan tersebut umpama air kencing anjing hitam.

Selain itu sesiapa yang menjawab seruan azan dengan ikhlas dijanjikan Allah SWT masuk syurga dan di hari akhirat akan mendapat syafaat.
Kuliah Subuh Ustaz Jamir Saad 21 Jun 2009

0 ulasan:

Catat Ulasan