Khamis, Ogos 26, 2010

Khamis, Ogos 19, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Sepanjang Ramadhan yang mulia sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, Jawatankuasa Ihya' kali ini meneruskan kesinambungan dengan menyediakan Jamuan Berbuka Puasa setiap hari kepada para jamaah.

Sekitar RM 12,600.00 diperuntukan bagi menjayakan sebulan aktiviti berbuka puasa ini. Jumlah kewangan tersebut adalah hasil sumbangan daripada para penduduk Desa Surada dan sekitar serta para jamaah di Surau al-Mujahidin.

Justeru pihak Urusetia Ihya' menyeru kepada semua agar sama-sama menjayakan aktiviti ini sama ada menghadiri Majlis Berbuka Puasa mahupun menghulurkan derma bagi menjayakannya.

Juadah berbuka puasa

Kaedah layan diri

Sabar menunggu waktu berbuka

Kanak-kanak turut mengambil bahagian berbuka puasa

Hidangan dah sedia hanya tunggu azan

Jamaah di kalangan muslimat

Sabar menanti

'Team' urusetia dapur yang turut menanti waktu berbuka

Khamis, Ogos 12, 2010

Selasa, Ogos 03, 2010

Borang Ihya' & Borang Majlis Berbuka Puasa

Borang Ihya' Ramadhan

Borang Sumbangan Berbuka Puasa

NAMA-NAMA KETUA JALAN

NAMA-NAMA KETUA JALAN IHYA’ ROMADHAN
1431/2010

NO JALAN
NAMA KETUA JALAN
1 Dr Idris Jait
2 Hj. Shukri Afendi Alias
3 Hj. Othman Darjat
4 En. Azman Abdul Rahman
5 En. Rosmandi Ishak
6 En. Rosli Jusoh
7 En. Nasaruddin Yahya
8 En. Mohd Azam Hamzah
9 Pn. Hayati
10 En. Mazlan Kadir
11 Hjh. Rahimah Abu Bakar
12 En. Asran
13 En. Zamri Pahharuddin
14 Hj. Musa Nadzir
15 Pn. Mariani Hj.Zulkifli

SUMBANGAN IHYA’ ROMADHAN

Rujukan: SDS/IR/Pekeliling - 2
Tarikh : 11hb Sya’ban 1431 / 23hb Julai 2010

Kepada;

Warga Desa Surada,
Kajang Selangor.


Dato’/ Datin / Prof./ Dr / Tuan / Puan,

SUMBANGAN IHYA’ ROMADHAN DI SURAU AL-MUJAHIDIN DESA SURADA

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Surau Al-Mujahidin Desa Surada akan mengadakan pelbagai aktiviti sempena bulan Romadhan AlMubarak pada tahun 1431/2010 ini.

Sehubungan dengan itu sumbangan derma dari pihak Dato’/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan amatlah diharapkan dan dihargai bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan juga untuk Tabung Dana Surau besesuaian dengan bulan Romadhan adalah bulan Ibadah.

Pihak kami juga amat mengalu-alukan sebarang bentuk tajaan mana-mana aktiviti yang dijalankan di Surau Al-Mujahidin Desa Surada.

Aktiviti-aktiviti Ihya’ Romadhan adalah seperti berikut;

1. Solat Taraweh & Witir setiap malam Romadhan
2. Jamuan berbuka puasa setiap hari
3. Tazkirah selepas solat Taraweh
4. Tadarus Al-Quran setiap malam (Dewasa/Remaja/Kanak-kanak & Muslimah)
5. Bacaan tahlil arwah setiap khamis malam jumaat
6. Ceramah Nuzul Quran
7. Qiamulail
8. Penyediaan dan agihan bubur lambuk
9. Majlis penyampaian saguhati Romadhan (Fakir Miskin / Anak Yatim / Petugas Ihya’Romadhan)

Sumbangan derma hendak diserahkan kepada Urusetia Ihya’ Romadhan atau Ketua Jalan dengan mengisi borang yang telah disediakan.

Sekian, jazaakallahu khairan.

Yang benar,

t.t

Hj Baharom bin Mansor
Setiausaha
Surau Al-Mujahidin Desa Surada.


s.k - Pengerusi Surau Al-Mujahidin

SUMBANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA

SURAU AL-MUJAHIDIN
TAMAN DESA SURADA
43650 BANDAR BARU BANGI
Pendaftaran 178 HL


Rujukan: SDS/IR/Pekeliling - 3
Tarikh : 22hb Sya’ban 1431 / 03hb Ogos 2010


Kepada;



Warga Desa Surada,
Bandar Baru Bangi


Dato’/ Datin / Prof./ Dr / Tuan / Puan,


SUMBANGAN MAJLIS BERBUKA PUASA DI SURAU AL-MUJAHIDIN DESA SURADA

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Surau Al-Mujahidin Desa Surada akan mengadakan Majlis Jamuan Berbuka Puasa sebulan sempena bulan Romadhan al-Mubarak pada tahun 1431/2010 ini.

Sehubungan dengan itu sumbangan derma mengikut jalan-jalan dari pihak Dato’/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan amatlah diharapkan dan dihargai bagi menjayakan majlis berbuka puasa tersebut.

Sumbangan derma hendak diserahkan kepada Ketua Jalan sebagaimana lampiran dengan mengisi borang yang telah disediakan.

Sekian, jasa baik dan keprihatinan dari pihak tuan diucapkan jazaakallahu khairan kathira.

Yang benar,

t.t

Mohd Gaddafi Ibrahim
Jawatankuasa Ihya Ramadhan
Surau Al-Mujahidin Desa Surada.


s.k - Pengerusi Surau Al-Mujahidin

Isnin, Ogos 02, 2010

Keluarga Penerima Bantuan Padang Terap

Ini adalah sebahagian dari gambaran rumah penduduk yang diberi bantuan sempena Trip Bantuan Padang Terap pada 31 Julai 2010 yang lalu.




















Trip Bantuan Padang Terap

Alhamdulillah sekali lagi Surau al-Mujahidin, Desa Surada mencipta sejarah apabila buat kali pertamanya pihak surau telah mengadakan rombongan trip bantuan ke kawasan Padang Terap yang berada di Negeri Kedah darul Aman.
Rombongan ini bertolak ke Padang Terap jam 10.00 malam 30 Julai 2010 yang diketuai En Mohd Azam. Ahli rombongan terdiri dari Tn Mohamad Shukor Atan (Pengerusi Surau), En Mohd Gaddafi, En Rosli Jusoh, En Jahidin, Ustaz Mohamad Kasim, En Zamri Pahharuddin, Tn Hj Din, En Hasyim, En Bujang, En Ruslan Ishak, En Zaini, Saudara Elias dan seorang pemandu lori. Perjalanan ke sana menaiki tiga buah kenderaan iaiti 2 MPV dan 1 lori 3 tan.


Sekitar jam 5.00 pagi rombongan telah sampai ke Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Setelah selesai solat Subuh sekitar jam 7.00 pagi rombongan diiringi Ustaz Hamizan, Pengerusi Terap Care berangkat menuju Padang Terap dan tempat utama yang menjadi pilihan menghulurkan bantuan pada kali ini ialah sekitar perkampungan Sungai Ular, Kampung Kura, Kampung Pok Ka, Kampung Baru Panglima Hitam dan kawasan sekitar Kilang Gula Padang Terap.

Singgahan pertama tempat menurun dan mengumpul barangan yang dibawa

YB Ustaz Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap (berbaju petak) menyambut ketibaan ahli rombongan


Rumah penerima sumbangan

Setibanya di lokasi pengagihan barangan, rombongan telah disambut YB Ustaz Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap. Beliau meluangkan masa bersama ahli rombongan dari rumah pertama yang diserahkan bantuan hinggalah selesai pengagihan yang dijalankan kira-kira jam 1.00 tengah hari. Setelah selesai, YB Ustaz Nasir membawa ahli rombongan ke majlis jamuan makan yang mana menu utama pada hari tersebut ialah gulai daging kerbau bersama batang pisang lembut ikan rebus cicah sambal, sungguh menyelerakan.


Jamuan makan tengah hari

Sebelum bertolak pulang ke Desa Surada, ahli rombongan sebahagiannya sempat bertemu penduduk dan dihadiahkan buah dokong serta rambutan yang agak banyak. Manakala sebahagian yang lain mempersiapkan diri untuk bergerak pulang. Jam 4.00 petang rombongan mula keluar dari kawasan Padang Terap menuju ke Kota Setar dan kemudiannya kembali ke Taman Desa Surada, Bandar Baru Bangi. Tepat jam 12.00 malam sampailah ke destinasi rumah masing-masing.


Selamat tinggal Padang Terap, InsyaAllah panjang umur, murah rezeki, kami akan datang lagi.