Selasa, Jun 29, 2010

Khamis, Jun 24, 2010

Kefardhuan Solat

Solat merupakan suatu amalan yang diwajibkan bagi setiap umat Islam, namun adalah amat tidak memadai jika solat yang dilaksanakan tidak ditambah nilai dengan solat-solat sunat. Ini kerana pada setiap solat fardhu pasti ada kekurangan yang dilaksanakan manusia, justeru solat sunat menampung kekurangan dan ketidaksempurnaan solat-solat fardhu.

Telah diketahui umum bahawa tidak akan sempurna solat andainya tidak sempurna rukunnya bahkan membawa kepada batalnya solat tersebut. Tidak sempurna bab rukun solat maka tidak sah solat tersebut. Jika rosak solat natijahnya membawa kepada tertolaklah segala amalan lain yang dilaksanakan.

Seorang kafir melakukan amalan baik seumpama riak-riak panas yang kelihatan di tempat yang kering, apabila menuju ke arahnya pasti tiada apa-apa yang wujud padanya. Begitu jualah yang diumpamakan bagi seorang yang melakukan solat yang tidak sempurna apabila menemui Rabb al-Jalil tiada apapun yang boleh diperolehnya.

Ingatlah matlamat agung perjalanan hidup seseorang hamba adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Dari itu jangan menganggap dosa kecil adalah kecil di sisi kita kerana di sisi Allah SWT walaupun dosa tersebut kategori kecil namun pembalasannya tetap tidak tertanggung manusia.

Untuk itu bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT mestilah dimulai dengan solat. Apabila bermulanya takbir, haram bagi manusia mengingati perkara-perkara keduniaan. Perlaksanaan solat juga mesti bergantung kepada waktu-waktunya, ia meliputi empat;

  1. Waktu Fadhilat
  2. Waktu Sunnah
  3. Waktu Karahah
  4. Waktu Tahrim

Oleh itu hendaklah sentiasa wajib bercita-cita untuk mengerjakan solat pada waktunya. Jika tiada niat tiba-tiba manusia mati, maka ianya mati dalam keadaan berdosa besar.

Kuliah maghrib Ustaz Mohamad Nazir Zakaria 21 Jun 2010

Jawatankuasa Surau (Sesi 2010-2013)

Jawatankuasa Surau (Sesi 2010-2013)

  • Pengerusi En. Mohamad Shukor Atan
  • Timbalan Pengerusi / Lujnah Tarbiah & Pembangunan Insan En. Mohd Gaddafi Ibrahim
  • Setiausaha Tn Hj Baharom Mansor
  • Bendahari Tn Hj Omar Kamal
  • Lujnah Muslimat Pn. Dr Hjh Siti Nurul Huda
  • Lujnah Pemuda Tn. Hj. Esa Baruji
  • Lujnah Dakwah & Penerangan En. Rosli Jusoh
  • Lujnah Kebajikan & Sosial En Mohd Azam
  • Lujnah Ekonomi & Dana Tn. Hj. Syed Ahmad Fikri al-Idrus
  • Lujnah Pembangunan & Perancangan Infrastruktur En. Ahmad Man
  • Lujnah Logistik & Kemudahan YM Raja Raimi Raja Lazeman
  • Lujnah Kebersihan & Keceriaan Tn Hj Shukri Alias
  • Bilal Tn Hj Sidik Mohamad
  • Siak En Ruslan Ishak
  • Unit Pengurusan Dapur En. Zamri Pahharuddin
  • Unit Pengurusan Jenazah Wanita Pn Mariani Zulkifli
  • Pemeriksa Kira-kira En Daud Osman
  • Pemeriksa Kira-kira En Ekhram Musa

Rabu, Jun 09, 2010

Cinta kasih kepada Rasulullah SAW


Hakikat di dunia ini walaupun Allah SWT telah menurunkan al-Quran dan Rasulullah SAW sebagai utusanNya manusia tetap tidak menerima kepimpinan yang diterapkan Allah SWT melalui Rasulullah SAW. Bahkan ada di kalangan manusia lebih seronok berada di dalam kegelapan, seronok di dalam kancah maksiat serta kefasadan yang dilakukan. Mereka terang-terangan terpedaya dengan tipu daya dunia, tiada merasa apa-apa walau perkara yang dilakukan adalah mengahalal apa yang diharamkan Allah SWT dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah SWT.

Dikisahkan suatu malam Syeikh Abdul Qadir al-Jilani telah diperlihatkan kepadanya malam yang gelap telah menjadi cerah, dalam masa yang sama muncul lembaga yang mengaku Tuhan dan berkata kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jilani “aku halalkan kepada kamu perkara yang haram”. Mendengar sahaja ungkapan tersebut al-Jilani terus berkata “berambuslah kamu”. Maka dengan serta-merta keadaan yang cerah tadi bertukar menjadi gelap dan lembaga tadi terus menjadi asap. Bertanya murid al-Jilani kepadanya apakah benda tersebut dan al-Jilani menegaskan itulah syaitan yang menggoda manusia.

Syariat Allah SWT lengkap merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Rentetan itu tidak seharusnya seseorang itu hanya pada nama sahaja sebagai Islam tetapi hendaklah beramal dengan kehendak dan tuntutan Islam. Ini tidak dapat dinafikan kerana manusia sering terlupa dan sering cintakan kepada tiga ‘ta’; harta, tahta dan wanita. Buktinya akibat dari cintakan tiga ‘ta’ tersebut sibuk mengejar siang dan malam.

Hendaklah diingat, jangan sesekali berputus asa dalam melaksanakan kerja-kerja Islam. Secara rela mahupun terpaksa kerja-kerja Islam mesti terus dilaksanakan. Ianya sebagai komitmen dan bukti bahawa inilah kepatuhan kepada Allah SWT dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Antara perkara yang membuktikan cinta kepada Rasulullah SAW merangkumi;
1. Melaksanakan sunnah Rasulullah SAW dan tidak melakukan perkara yang dilarangnya.
2. Sentiasa menyebut dan merinduinya sebagaimana perihal seorang sahabah yang bernama Thauban yang terlalu rindu kepada Rasulullah SAW sehingga jika tidak berjumpa Rasulullah SAW akan sedih dan murung.
3. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW di mana-mana sekalipun.
4. Sentiasa beradab dengan Rasulullah SAW dengan mendahulukan sunnahnya.
5. Belajar al-Quran, bukan setakat membacanya sahaja bahkan mengaplikasikan isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.
6. Bermusuh-musuhan adalah kerana Allah SWT dan berkasih-sayang juga kerana Allah SWT.

Kuliah maghrib Ustaz Khairil Khuzairi Omar 8 Jun 2010

Sabtu, Jun 05, 2010

Himpunan Membantah Israel

Selesai solat Jumaat 4 Jun 2010 Surau al-Mujahidin digegarkan dengan laungan "Khaibar Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaishu Muhammad Saufa Ya'ud". Ianya merupakan petanda himpunan bantahan kekejaman Yahudi ke atas umat Islam dan manusia terutamanya kes terbaru serangan keatas bantuan manusiaan ke Gaza.

Speaker yang berucap pada hari tersebut terdiri dari Imam Mohamad Shukor Atan, Tn Yusuf Bachik dan Ustaz Zubir Embong. Walaupun perhimpunan ini hanya mengambil sedikit masa dari kalayak yang hadir ianya tetap memberi penegasan dan pendirian umat Islam khususnya penduduk kariah Surau al-Mujahidin, Taman Desa Surada bahawa kebiadaban Israel tidak boleh dibiarkan dan dipandang enteng.

Himpunan ini dimulai dengan ucapan para speaker disusuli dengan pembakaran bendera Israel dan diakhiri dengan doa memohon pertolongan dari Allah SWT.





" Khaibar khaibar, khaibar ya Yahud"

Pembakaran bendera Israel

Sebahagian hadirin yang hadir


Hangus sudah bendera Israel

"Amin ya Rabb al-'Alamin"

Majlis Perasmian Diskusi Ummah 'Islam & Bangsa'

sumber:http://drshafie.blogspot.com/2010/06/malam-berwacana-ilmiah-tentang-ummah.html



Tajuk Bicara Ummah pada malam ini ialah "Islam – Melayu". Tokoh yang mengupas persoalan ini ialah Dato' Dr. Siddiq Fazil Pengerusi Kolej Darul Hikmah. Majlis pada malam ini mendapat kerjasama dari pihak AJK Surau Desa Surada. Hadir pada malam ini ialah Dr. Tajul Ariffin Nordin YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang juga Ahli MPKj, Encik Yusof Bacik Ahli MPKj, Pengerusi Surau Saudara Shukor Atan dan ahli kariah lelaki, perempuan dan anak-anak.

ADNS Bangi, ketika diminta berucap menyatakan, Bicara Ummah yang merupakan siri ketiga ini adalah salah satu kegiatan mengukuhkan Bangi Bandar Ilmu, tetapi hasrat kegiatan keilmuan yang seharusnya berkembang di Bangi lebih dari itu. Kita mau dikenali dengan aliran-aliran keilmuan, pendapat dan pemikiran yang identik dengan Bangi, bahkan lahir "Pemikiran Bangi" berhubung dengan kajian dan pendapat ilmuan-ilmuan dari Bangi. Pendapat dan ulasan sering dirujuk kepada ilmuan Bangi sebagai Pemikiran Bangi. Bagi merealisasikan hasrat ini memerlukan intelektual di Bangi bergiat secara jamaah dan mempunyai misi dan visi keilmuan yang jelas. Pemikiran Bangi hendaklah dikukuhkan dengan penerbitan-penerbitan Ilmiah. Selain dari menghimpun pendapat jamaah intelektual di Bangi melahirkan pendapat di dalam seminar, forum, penulisan dan berbagai wacana adalah dirasakan penting wujudnya di Bangi Convention Centre – Bangunan Persidangan dalam mana di sini berlakunya kegiatan-kegiatan Ilmu. Rumah ilmu (Darul Ilmi) ini menjadi Pusat Pengenalan bagi Bangi yang di sini juga mempunyai Galeri Buku, Pusat Pameran, Kegiatan Seni dan Budaya. Apabila orang datang Convention Centre ini menjadi daya tarikan utama dan tempat kunjungan bagi mendapat sumber ilmu seperti buku-buku, mengikuti kegiatan ilmu atau menyertai kegiatan seni-budaya. Perkara ini telah diajukan kepada pihak berkuasa dan diharap menjadi realiti.

Sebelum daripada itu Saudara Shukor Atan selaku Tuan Rumah mengucapkan terima kasih kepada ADNS Bangi dan AJK Bangi Bandar Ilmu memilih Surau Surada sebagai tempat berwacara Bicara Ummah. Beliau berharap kerjasama seterusnya dapat dilakukan.



Topik ditampilkan dengan hujah bahawa pandangan selama ini "Melayu-Islam" sebagai kurang tepat. Tetapi hendaklah "Islam-Melayu" kerana Islamlah memberi identiti kepada Melayu yang menjadi kekuatan bagi bangsa dan bahasa Melayu itu. Dr. Sidek Fazil bertolak dari ayat Quran dari Surah al-Hujurat (ayat 13), bahawa Allah Taala menciptakan manusia lelaki perempuan, dan dijadikan berbangsa-bangsa dan berkabilah-kabilah ialah untuk mereka berkenalan. Yang terlebih baik dari kalangan mereka adalah yang lebih bertaqwa.



Menurutnya takrif Melayu adalah terbuka, bahkan tidak terikat dengan keturunan dari segi biologi. Dengan beragama Islam dan bertutur bahasa Melayu dia boleh diterima sebagai Melayu. Islam mengislamkan Melayu, termasuk bahasa, adat dan budaya. Identiti Melayu diperkukuhkan oleh Islam, sebab itu mengukuhkan Islam di Negara ini adalah mengukuhkan Melayu, sebaliknya mengabaikan Islam meruntuhkan Melayu. Islam juga hendaklah diperkukuhkan di dalam masyarakat multi-rasial, kerana Islam bertoleransi dan menjaga hak dan kepentingan semua.

ADNS Bangi sebenarnya dapat mengikuti sebahagian dari perbincangan dan terpaksa memohon diri kerana mempunyai program di tempat yang lain.

Rabu, Jun 02, 2010

Sekitar Diskusi Ummah "Islam & Bangsa"

Pentas Diskusi

Pengerusi surau Tn Mohd Shukor Atan bersama YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi (baju hijau)

Panel Dato Dr Sidek Fadhil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah dan moderator Saudara Mohd Idris Mohd Yusuf, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS)

Hadirin

Hadirin

Dato Dr Sidek Fadhil menerima cenderamata dari Dr Tajul Arifin Nordin, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

Saudara Mohd Idris menerima cenderamata

Jamuan VIP

Jamuan malam

menikmati jamuan