Ahad, Februari 28, 2010

Khamis, Februari 25, 2010

Suasana Sambutan 15th Surau

Simbolik Perasmian Program

YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi

Ucapan aluan Pengarah Program, En Mohd Shukor Atan

Ucapan Perasmian ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar

Ketibaan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, En Yusuf Bachik

Dari kiri; En Mohd Shukor Atan (Pengerusi Surau), Datuk Dr Sidik Fadhil (Penasihat Surau) dan En Yusuf Bachik (Ahli MPKj)

Kaunter Urusetia Program





Rabu, Februari 24, 2010

Pameran Sempena 15th Surau

Semasa program 15th surau diadakan, beberapa agensi kerajaan, NGO dan syarikat telah mengadakan pameran dan khidmat nasihat. Antara badan kerajaan yang mengambil bahagian ialah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Manakala NGO dan badan-badan lain yang turut mengambil bahagian ialah Amal Malaysia, bantuan guaman, perunding insuran dan Kolej Dar al-Hikmah. Tidak ketinggalan perubatan Darussyifa' membantu memeriahkan majlis dengan menghantar anggotanya.

Sebagai penghargaan, Pengerusi Surau merangkap Pengarah Program Sambutan 15th Surau al-Mujahidin, En Mohd Shukor Atan berbesar hati memberikan cenderamata kepada yang terlibat dengan pameran dan khidmat.

Wakil pemeriksaan kesihatan

Wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Wakil penasihat pelaburan

Wakil bantuan guaman

Wakil Kolej Dar al-Hikmah

Wakil Agensi Antidadah Kebangsaan

Wakil Jabatan Penjara Malaysia


Ruang pameran Jabatan Penjara Malaysia

Khidmat Darussyifa'

Pameran peluang pelaburan

Pemeriksaan kesihatan

Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan

Selasa, Februari 23, 2010

Isnin, Februari 22, 2010

Desa Surada Menyambut 15 Tahun Surau Didirikan

sumber:http://drshafie.blogspot.com/

Bagi masyarakat Islam, Surau dan Masjid adalah institusi yang penting bagi kegiatan ibadat dan kemasyarakatan. Bila sebuah taman perumahan wujud, pembinaan surau dirasakan amat perlu. Jika pemaju tidak sediakan surau, tetapi menyediakan tapak, atau tidak menyediakan tapak, maka penduduk akan berusaha mendapatkan tapak dan mencari dana mendirikan surau. Demikianlah Desa Surada, Bandar Baru Bangi, sejak mula dihuni tahun-tahun 1980an merasakan perlunya ada sebuah surau di taman tersebut. Usaha mendapatkan surau pada peringkat permulaan ialah dengan menyewa perumahan dan usaha mendirikan surau bermula dari tahun 1995 di atas tapak yang disediakan oleh pemaju. Tarikh ini dikira bermulanya tarikh pembinaan surau, dikuti dengan penggunaannya dan kebenaran mendirikan solat Jumaat pada 10 Syawal 1429 = 10 Oktober 2008.


YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi

Sejak mula didirikan Surau yang dinamakan `Surau al-Mujahidin` menjadi pusat ibadat dan berbagai kegiatan kemasyarakatan, sehingga boleh dikatakan surau ini adalah antara surau yang aktif di Bandar Baru Bangi di samping Surau al-Nur, Surau al-Sabah dan beberapa surau yang lain. Antara faktor yang menggerakkan surau ini berdaya maju ialah dengan adanya kepimpinan yang dinamik di surau ini seperti Saudara Mohamad Shukur Atan yang menjadi Pengerusi surau ini dan saff kepimpinannya yang dinamik. Begitu juga dengan adanya penasihat yang banyak pengalaman seperti Y. Bhg. Dato` Dr. Siddiq Fadhil dan Y.Bhg. Dato` Dr. Hailani Mujitahir di samping kepimpinan penduduk di Taman Desa Surada ini amat bekerja sama dan amat responsive kepada apa yang dianjurkan oleh Surau dan juga Persatuan Penduduk, sebab tu segala kegiatan dapat sambutan dan berjalan dengan licin.


Sambutan 15 Tahun Surau al-Mujahidin yang diadakan dua hari berturut-turut dari 5-6 Rabiul Awwal 1431 bersamaan 19-20 Februari 2010 ini merupakan puncak kegiatan yang pernah di adakan yang diisikan dengan berbagai-bagai aktiviti seperti Majlis Forum yang ahli panelnya dua orang tokoh yang berlainan arah perjuangan, iaitu Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka dan Datuk Haji Mohd Nakhai Hj. Ahmad yang dulunya merupakan pimpinan tertinggi Pas, tetapi kini menukar haluannya, Qiyamullail, pameran usahawan, pameran Agensi Dadah, Jabatan Penjara Malaysia, pemeriksaan kesihatan, pertandingan azan, kuiz, pertandingan sukan, sukanika, mewarna menganyam ketupat, bersilat dan sebagainya.

Upacara 'gimik perasmian' melepaskan belon

Majlis pada hari ini, iaitu Majlis Perasmian adalah sebagai pelengkap dan formality bagi program yang sudah sebenarnya lengkap. Hadir pada pagi ini Penasihat Jawatankuasa Surau iaitu Dato` Dr. Siddiq Fadhil, En . Rafi`e Penasihat Persatuan Penduduk, Encik Zainal Abidin YDP Persatuan Penduduk Taman Desa Surada, Encik Yusof Bachik Ahli MPKj. Keseluruhan kegiatan berlaku di dalam kawasan Surau dan medan tanah lapang di antara Surau dan Pusat Komuniti Penduduk.


Dalam ucapan perasmiannya ADUN melahirkan kesyukuran dan mengucapkan syabas kepada AJK Surau yang dapat mengadakan Majlis Sambutan 15 tahun yang begitu menarik. Sambutan ini tentulah tercetus dari fikiran dan kreativiti kepimpinan dan AJK. Banyak surau dan masjid melalui tempoh-tempoh sejarah, tapi tidak dimanfaatkan bagi mengadakan kegiatan, tetapi ini diambil kesempatan oleh AJK untuk dijadikan sebagai kegiatan. Sebenarnya kegiatan lebih penting dari tarikh sambutan. Beliau berharap AJK akan terus mengadakan kegiatan keilmuan, bimbingan kepada anak-anak dan kegiatan kemasyarakatan. Pihak Kerajaan memberi galakan dan berharap semua surau dan masjid berjumlah 2,106 buah di Selangor bergiat aktif. Jika ini dapat dipenuhi betapa bersemaraknya perkembangan keislaman di Selangor. Setiap tahun Kerajaan Negeri Selangor memberi peruntukan yang besar bagi perkembangan agama Islam, khususnya kepada surau dan masjid. Beliau berharap melalui kegiatan di surau lebih dapat memajukan masyarakat di Desa Surada dan mengharmonikan penduduknya.


Sebelum dari Majlis Perasmian Saudara Shukor Atan berucap mengalu-ngalukan kehadiran tetamu dan melakarkan sejarah penubuhan surau dan kegiatan yang diadakan hingga kepada kegitan mutakhir dan terkini ini. Kita mendoakan surau ini akan terus aktif dan maju jaya dan di dalam rahmat dan hidayah Allah.


Jamuan VIP

Khamis, Februari 18, 2010

Urusetia sambutan 15 tahun Surau al-Mujahidin


Sabtu, Februari 13, 2010

Khamis, Februari 11, 2010

Abdullah bin Huzafah al-Sahmi

Abdullah bin Huzafah al-Sahmi adalah antara salah seorang sahabah yang diutuskan Rasulullah SAW kepada para pemerintah dan raja-raja semasa. Di zaman Khalifah Umar al-Khattab juga beliau ditugaskan sebagai utusan dan pada suatu ketika beliau diutuskan kepada Raja Rom.

Di dalam perjalan menemui Raja rom, kumpulan utusan Khalifah Umar al-Khattab ini yang diketuai Abdullah al-Sahmi telah ditawan tentera Rom. Tawanan tersebut tidak dibunuh akan tetapi ditangkap hidup-hidup dan dibawa mengadap Raja Rom sebagaimana yang diperintahkan raja tersebut.

Raja Rom telah mewarkan pembebasan dari tahanan kepada Abdullah al-Sahmi dan para sahabahnya. Tawaran utama yang ditawarkan Raja Rom ialah tidak akan membunuh tawanan muslim jika sanggup menukar dari agama Islam kepada agama Nasrani (Kristian). Namun Abdullah al-Sahmi berkata andai aku mempunyai lebih dari satu nyawa pun tidak akan aku tukarkan Islam dengan Nasrani.

Akibat dari itu Raja Rom menjadi marah, lalu diperintahkan agar Abdullah al-Sahmi diikatkan umpama salib kemudian dipanah tangan dan kakinya. Lalu ditanya pula tentang tawaran menukarkan agama kepada Nasrani, jawapan yang diberikan Abdullah al-Sahmi adalah sama, “andai aku mempunyai lebih dari satu nyawa sekalipun tidak akan ditukarkan Islam dengan Nasrani.”

Raja Rom kemudian menitahkan agar disediakan kawah yang mendidih, kemudian diarahkan dua orang yang bersama dengan Abdullah al-Sahmi dimasukkan ke dalam kawah yang mendidih tersebut. Lantas diarahkan pula Abdullah al-sahmi masuk ke dalam kawah tersebut. Apabila menghampiri kawah, Abdullah al-Sahmi menangis, pengawal yang mengiringi beliau memaklumkan kepada Raja Rom tentang perkara tersebut. Raja Rom mengeluarkan arahan agar Abdullah al-Sahmi dibawa mengadap.

Kemudian Raja Rom bertanyakan Abdullah al-Sahmi mengapa dia menangis? Adakah dia sudah bersedia menukarkan agamanya kepada Nasrani? Lantas Abdullah al-sahmi menjawab, aku menangis sedih kerana hanya mempunyai satu nyawa, andai aku mempunyai banyak nyawa sekalipun tetap aku akan berpegang dengan Islam.

Disebabkan betapa kuatnya pegangan Abdullah al-Sahmi kepada Islam telah mengubah fikiran Raja Rom, baginda membatalkan aran dilemparkan Abdullah al-Sahmi ke dalam kawah yang mendidih tetapi diberikan tawaran pembebasan dengan mencium kepala Raja Rom. Setelah berbincang dengan para sahabat yang ditahan bersamanya, Abdullah al-Sahmi bersetuju mencium kepala Raja Rom sebagai syarat pembebasan.

Setelah dibebaskan dari tawanan Raja Rom, peristiwa tersebut sampai ke pengetahuan Khalifah Umar al-Khattab. Berkata Saidina Umar al-Khattab, setiap muslim patut mencium kepala Abdullah bin Huzaifah al-Sahmi. Diriwayatkan Saidina Umar al-Khattab merupakan orang pertama yang mencium kepala Abdullah al-Sahmi.

Kuliah Maghrib Prof Madya Kamaruddin Salleh 10 Feb 2010

Aturcara Sambutan 15 Surau al-Mujahidin

Program Sambutan 15 TH Surau Al-Mujahidin,
Taman Desa Surada.

Tarikh : 19 & 20hb Febuari 2010

Aturcara :
19.2.10 (Petang Jumaat)

7.00 mlm - Pengumuman Surau
7.20 mlm - Solat Maghrib
7.45 mlm - Solat Hajat
8.00 mlm - Bacaan Yasin
8.40 mlm - Tazkirah sebelum azan
8.45 mlm - Azan Isyak & Solat Isyak
9.00 mlm - Pembukaan Majlis Forum
- Bacaan Ayat AlQuran (Qari jemputan)
9.15 mlm - Ucapan Pengerusi Majlis
9.20mlm - Ucapan Pengerusi Surau
9.30 mlm - Forum dimulakan
11.45 mlm - Forum berakhir/Taklimat Qiamulalil
12.00 mlm - Bersurai

20.2.10 (Sabtu)
Qiamulail – Tidur Di Surau

4.00 pagi - Qiamulail
5.50 pagi - Tazkirah sebelum Azan & Azan Suboh
6.15 pagi - Solat Suboh
6.30 pagi - Kuliah Suboh
7.15 pagi - Sarapan pagi di Surau
7.45 pagi - Bersurai
8.00 pagi - Urusetia berada di Surau
8.30 pagi - Ketibaan orang ramai
9.00 pagi - Ketibaan Perasmi (YB Dr. Shafie)
9.15 pagi - Pembukaan Majlis Perasmian & Doa
9.20 pagi - Nasyid
9.30 pagi - Ucapan Pengerusi Surau
9.45 pagi - Ucapan Perasmian
10.15 pagi - Acara Perasmian (lihat Muka Surat 2)
- Persembahan Silat
- Lawat Tapak Pamiran oleh Jabatan Kerajaan dan Syarikat

10.30 pagi - Jamuan VIP



10.30 pagi - Acara berjalan (Jabatan & Agensi Kerajaan, pamiran dsb
sehingga pukul 5.30 petang


Acara-Acara;

10.30 pagi - Rawatan Kesihatan
- Rawatan Darusyifa
- Pameran
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Laungan azan
- Pertandingan Kuiz

1.20 petang - Solat Zohor

2.30 petang - Pertandingan pinpong
- Pertandingan boling padang
- Pertandingan karom
- Pertandingan dart
- Pertandingan congkak
- Pertandingan anyam ketupat

4.40 petang - solat Asar

5.30 petang - upacara penyampaian hadiah
- Upacara Penutup


* Semua aturcara adalah tertakluk pada perubahan.

Selasa, Februari 09, 2010

Khamis, Februari 04, 2010

Surah al-Hujarat ayat 1

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujarat ayat pertama;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Berdasarkan ayat di atas Allah SWT menegaskan kepada setiap mukmin supaya sentiasa berhati-hati dan jangan merasakan dirinya lebih mengetahui dari Allah SWT. Terutamanya apabila melibatkan hukuman yang telah Allah SWT naskan di dalam al-Quran.

Ianya tidaklah dihadkan dengan ayat berkaitan hokum hudud dan sekitarnya sahaja, bahkan setiap hidup kita seharian hakikatnya telah ditunjukkan jalan yang mesti kita patuhi dan janganlah sekali-kali menjadi orang munafiq.

Sahabat Rasulullah SAW, Abu Huzaifah pernah bertanyakan Rasulullah ketikamana kebanyakan para sahabat bertanyakan perkara yang baik-baik, beliau bertanyakan perkara yang tidak baik. Tanya beliau, wahai Rasulullah adakah selepas kebaikan ada keburukan? Rasulullah SAW bersabda bahawa mereka itu ialah orang yang mengambil petunjuk selain dari petunjuk Rasulullah. Bahkan kita boleh kenal mereka, kulit seperti kita (Islam), bercakap pun sama seperti kita.

Justeru hendaklah kita sentiasa beriltizam dengan Islam, jangan sekali-kali mengikut jalan yang selain dari Islam.

Kuliah Maghrib Ustaz Faisol 2 Feb 2010

Selasa, Februari 02, 2010

Hari Qiamat

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ
فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ
وَخَسَفَ الْقَمَرُ
وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ
يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ
كَلَّا لَا وَزَرَ
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

Maksudnya: Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu? Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri? Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan.

Sedarlah kita semua bahawa hari Qiamat sudah semakin menghampiri dan dunia ini sudah sampai ke penghujungnya. Bukti yang paling jelas ialah sejak akhir-akhir ini kerap beerlakunya serhana sama ada bulan mahupun matahari.

Ingatlah antara tanda-tanda Hari qiamat akan berlaku ialah;
1. Keluarnya asap dari muka bumi
2. Munculnya Dajjal
3. Keluarnya matahari dari sebelah barat
4. Turunnya Nabi Isa AS
5. Munculnya Ya’juj & Ma’juj
6. Berlaku tiga gerhana; di sebelah Timur, Barat & Semenanjung Arab
7. Api keluar dari bumi Yaman
8. Gempa bumi
9. Berlakunya pembunuhan di mana-mana. Bahkan Rasulullah SAW menjelaskan apabila berlakunya pembunuhan di akhir zaman, pembunuh atau yang dibunuh kedua-duanya masuk neraka.

Namun di sana terdapat lagi tanda-tanda lain yang memberi peringatan kepada kita tentang berlakunya Hari Qiamat.

Khutbah Jumaat Ustaz Jamir Saad 29 Jan 2010

Isnin, Februari 01, 2010