Rabu, September 30, 2009

Selasa, September 29, 2009

Isnin, September 28, 2009

Kelebihan Puasa Enam

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu 'anhu meriwayatkan:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu diikuti dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Ahad, September 20, 2009

Majlis Penyampaian Sumbangan 1430

Majlis penyampaian sumbangan sempena Rmadhan bagi tahun 1430 hijrah telah diadakan pada malam ke 29 Ramadhan oleh YB Dr Shafie Abu Bakar selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi.

Sejumlah hampir RM 8,000.oo telah diagihkan pada malam tersebut bagi golongan anak yatim, fakir miskin, warga emas, pesakit kritikal dan orang kurang upaya. Mereka yang menerima sumbangan terdiri dari warga Desa Surada.

Wakil pesakit kritikal menerima sumbangan

Salah seorang warga emas surada menerima sumbangan

Bilal Hj Sidek merupakan salah seorang warga emas Surada

Ibu Tunggal menerima sumbangan

Majlis Khatam al-Quran

Majlis Khatam al-Quran di Surau Desa Surada bagi tahun 1430 telah diadakan pada 28 Ramadhan yang lalu. Kordinator khatam al-Quran kali ini ialah Saudara Mufid Munib dan Saudara Mohd Johari. Kedua-dua mereka merupakan hafiz jemputan bagi Solat Terawikh sepanjang Ramadhan tahun ini.

Saudara Mohd Johari (kiri) dan Saudara Mufid Munib

Sebahagian peserta khatam al-Quran

Para remaja yang mengambil bahagian

Peserta khatam yang terakhir sedang memperdengarkan bacaan

YB Dr Shafie Abu Bakar (berbaju hijau)

Majlis Berbuka Puasa Bersama YB

Tanggal 18 September 2009 (Jumaat)telah diadakan Majlis Khatam al-Quran dan Sumbangan Ramadhan 1430 yang di sempurnakan YB Dr Shafie Abu Bakar. Justeru itu telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama YB pada hari tersebut.

Para tetamu mengambil juadah berbuka

Jemaah muslimat turut tidak melepaskan peluang
,'k
Pengerusi Surau, Imam Shukor (kiri) bersamaYB Dr Shafie (tengah) berbuka puasa

Suasana berbuka puasa

Bilal Mazlan Kadir (tengah mengangkat tangan) bersama jemaah berbuka puasa

Takbir Malam Raya

Seperti kebanyakan amalan surau-surau di Selangor, setelah selesai takbir malam raya di surau para jamaah akan mengadakan takbbir dari rumah ke rumah. Pada kali ini lebih 20 buah rumah mengambil bahagian menjadi tempat singgahan takbir dari rumah ke rumah.

Bagi menjimatkan masa dan tenaga pentakbir, para jamaah yang turut serta dalam program ini dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diketuai Ustaz Mohamad bin Kassim manakala kumpulan kedua diketuai Tn Hj Sidek bin Mohammad.

Program yang bermula sejurus selepas isya' ini berakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam. Walaupun tergambar di riak wajah keletihan sebahagian yang mengambil bahagian, namun mereka tetap bersama ahli kumpulan yang ditetapkan hinggalah program ini berakhir.

Sabtu, September 19, 2009

Pusat Islam al-Mujahidin, Desa Surada

YB Dr Shafie berucap menyempurnakan Majlis Khatam Quran & Pengagihan Sumbangan di Surau al-Mujahidin, Desa Surada

Tanpa disangka, orang mengantuk disorongkan bantal. Tanpa diduga hasrat sekian lama Jawatan Kuasa Surau al-Mujahidin, Desa Surada, yang diketuai Tn Mohamad Shukor bin Atan bagi menjadikan Desa Surada sebagai salah satu hub Bangi Bandar Ilmu disambut sepenuhnya YB Dr Shafie bin Abu Bakar, ADUN Bangi merangkap Timbalan Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.

Semasa menyempurnakan Majlis Penutup Khatam al-Quran & Sumbangan di sini malam tadi (18 September 2009), selain dari menyokong penuh hasrat di atas, YB ADUN Bangi turut menegaskan setiap AJK yang dilantik bagi menguruskan hal-ehwal suarau dan masjid hendaklah menerima sepenuh hati dan melaksanakan amanah yang diberikan. Ini kerana AJK surau merupakan orang yang dilantik bagi menguruskan Rumah Allah dan tiada yang lebih baik selain Rumah Allah SWT.

Beliau turut menyeru agar meningkatkan aktiviti keilmuan. Ini kerana di peringkat Negeri tiada suatu halangan yang dikenakan bagi surau dan masjid melaksanakan aktiviti. Bahkan penganjuran tazkirah Ramadhan di setiap surau digalakkan tidak dihadkan masa sama ada selepas maghrib, sebelum solat tarawikh, pertengahannya, pengakhirannya ataupun setelah selesai solat witir.

Turut dinyatakan masjid yang perlu dijadikan contoh di Bandar Baru Bangi ialah Surau an-Nur di Sekyen 1. seharusnya setiap masjid dan surau bersaing dengan masjid tersebut dalam menyemarakkan aktiviti keilmuan. Dalam masa yang sama jika hasrat menjadikan Surau al-Mujahidin sebagai Pusat Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan yang berhubung dengannya perlu mencapai tahap program keilmuan seumpama Surau an-Nur.

Untuk itu, perlu bertindak dengan segera menyediakan proposal dan kemukakan ke peringkat atasan. Di majlis tersebut Dr Shafie menyokong penuh hasrat ini dan akan merealisasikan hasrat ini berlandaskan kepentingan yang kuat demi kepentingan Islam di sini bahkan keseluruhannya.

Jumaat, September 18, 2009

Aturcara Program Khatam al-Quran 1430

7.18 Berbuka Puasa

Solat Fardhu Maghrib

7.50 Majlis Khatam al-Quran
Pembimbing : 1. Ustaz Hj Mufid Munib Hj Mohd Kadri
2. Ustaz Mohd Johari Hj Sahlan

8.35 Solat Fardhu Isya'

Solat Tarawikh

9.15 Majlis Penutup Khatam al-Quran & Penyampaian Sumbangan
1. Pengerusi Surau
Penyampai Sumbangan Tadarus Kanak-kanak & Remaja
2. Pengarah Ihya' Ramadhan
Penyampai Saguhati AJK Ihya' 1430
3. Penasihat Surau
Penyampai Saguhati Tadarus Dewasa
4. YB ADUN Bangi
Penyampai Sumbangan kepada Fakir miskin,
anak yatim dan lain-lain.

9.55 Ucapan Penutup oleh YB Dr Shafie Abu Bakar
ADUN Bangi.

10.15 Jamuan ringan & bersurai

Majlis Khatam al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Ramadhan

Majlis Khatam al-Quran & Penyampaian
Sumbangan Ramadhan 1430

Disempurnakan oleh

YB Dr Shafie Abu Bakar

akan diadakan pada 18 September 2009 (Jumaat)
Bermula jam 7.00 petang

di Surau al-Mujahidin, Desa Surada,Bandar Baru Bangi.

Jamuan berbuka puasa disediakan

Semua Dijemput Hadir

Rabu, September 09, 2009

Ceramah Nuzul al-Quran

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia, rentetan dari itu barangsiapa yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan yang mana dia merupakan seorang yang sentiasa berbuat ketaatan kepada Allah SWT maka matinya merupakan suatu kemuliaan. Sebaliknya jika seseorang yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan tetapi perangainya yang sentiasa mengingkari Allah SWT tetap keadaannya sama seperti matinya orang yang kufur kepada Allah SWT. Tiada kemuliaan padanya sama ada bulan Ramadhan atau selainnya.

Bagi menjadikan seseorang yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah SWT perlulah berperang dengan hawa nafsu. Inaya sentiasa menghalang manusia setiap detik dan saat bagi melaksanakan perintah Allah SWT. Walau di bulan ramadhan, syaitan telah dibelenggu tetapi hawa nafsu di dalam diri manusia tetap bermaharajalela.

Jika diteliti ramai manusia hanya mengingati Allah SWT tatkala di dalam kesusahan dan ditimpa musibah. Jika tidak kerana musibah pasti dari hari ke hari semakin jauh dari mengingati Allah SWT. Sepatutnya hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT walau ketika senang kerana Allah SWT akan mengingati hambanya ketika hambanya ditimpa kesusahan. Umat yang soleh akan sentiasa mengingati Allah SWT dan mengharapkan setiap tahun dengan adanya bulan Ramadhan akan memberikan kerahmatan dan kemuliaan kepada mereka.

Diriwayatkan seseorang yang membaca al-Quran akan dimuliakan ibu bapa mereka dengan disarungkan mahkota di atas kepala mereka, apatah lagi di bulan Ramadhan ini kelebihan yang diberikan Allah adalah berlipat ganda. Namun manusia tetap lupa apa yang telah dijanjikan Allah SWT.

Hal ini selaras dengan sumpahan syaitan di hadapan Allah SWT bahawa akan menyesatkan manusia selama-lamanya di dunia ini. Tatkala tiba di hari akhirat syaitan yang sasma akan memberikan tazkirah kepada manusia kerana di atas kealpaan manusia telah rela mengikut hasutan syaitan.

Ingatlah sebenarnya di bulan Ramadhan ini Allah SWT memberikan tiga perkara kepada manusia;
1. Pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya
2. Pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya
3. Syaitan akan dirantai dari menghasut manusia

Justeru Rasulullah SAW mengingatkan umatnya agar melaksanakan tiga perkara di bulan Ramadhan terutama di akhir-akhirnya ;
1. Menghidupkan malam dengan ibadah
2. Mengejutkan ahli keluarga bersama-sama beribadah malam
3. Meninggalkan dari melakukan persetubuhan.

Ceramah Nuzul al-Quran Ustaz Kusyairi 18 Ramadhan 1430

Bisikan Syaitan

Di bulan Ramadhan ini makhluk allah SWT semuanya bersedih kecuali manusia, ini kerana kehadiran Ramadhan ini tidaklah kekal ianya akan pergi apabila tiba masa. Sedangkan manusia dari dahulu hingga kini tidak pernah sedar apa yang sepatutnya dilaksanakan.

Termaktub dalam sejarah manusia sering melakukan pertumpahan darah, ini tidak lain akibat dari hasadf dengki sesama mereka. Mereka terdorong melakukan penentangan terhadap larangan Allah SWT akibat desakan yang kuat dari bisikan syaitan dan hawa nafsu. Langkah mengatasinya paling afdhal dengan melaksanakan hukuman Allah SWT terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Petikan Kuliah Subuh Ustaz Wan Abdul Rahman 7 September 2009

Selasa, September 01, 2009

Mencapai Hidayah

Hidayah terbahagi kepada tiga;

1. Hidayah Taufiq
Hidayah ini merupakan hidayah yang tertinggi dikurniakan Allah SWT terhadap hambanya. Tiada manusia yang dapat memberikan hidayah ini walau Nabi Adam AS terhadap anaknya Habil dan Qabil, Nabi Nuh AS terhadap anaknya yang tidak mahu mengikutnya menaiki kapal, Nabi Ibrahim AS terhadap bapanya yang membuat berhala mahupun Nabi Muhammad SAW terhadap bapa saudaranya Abu Talib.

2. Hidayah Da’wah
Hidayah ini boleh diperolehi dengan menjadikan diri dan jiwa setiap muslim itu umpama air yang mutlak dan bukannya musta’mal. Dalam erti kata seorang yang menjadikan dirinya bukan setakat baik untuknya sahaja tetapi dapat membentuk dan mendidik orang lain untuk menjadi baik sama.

3. Hidayah Sabab
Hidayah ini memerlukan setiap manusia sentiasa memohon kepada Allah SWT agar sentiasa menetapkan hatinya dan istiqamah dalam urusan ibadah yang sentiasa dilaksanakannya.

Bagi mencapai hidayah jua hendaklah memenuhi tuntutan Islam yang hakiki bukannya setakat amalan ibadah semata-mata. Ini disebabkan Islam merangkumi Ibadah, Muamalat, Munakahat dan Jinayat. Hubungkait empat elemen ini menjadikan Islam syumul dalam segenap aspek kehidupan.

Dalam mencapai hidayah syaitan sentiasa mencari jalan menyesatkan manusia. Syaitan berjanji dengan Allah SWT akan menyesatkan seluruh umat manusia bermula zaman Nabi Adam AS sehingga hari kiamat kelak. Bahkan dalam dunia moden pada hari ini manusia amat teruja dua perkara yang dieksploitasi sepenuhnya oleh syaitan iaitu dalam aspek hiburan dan sukan.

Bahkan dalam setiap diri manusia akan disimpulkan setiap hari dengan tiga simpulan syaitan. Simpulan ini hanya akan terurai yang pertama apabila bangun sebelum daripada subuh, kemudian terurainya simpulan kedua apabila terus mengambil wudhu’. Terputusnya ketiga-tiga simpulan syaitan tatkala seseorang mengangkat takbir bagi menunaikan solat subuh pada hari tersebut.

Kuliah Ramadhan Ustaz Kamaruzaman 11 Ramadhan 1430.

Perhiasan 10 Perkara

Ulamak menukilkan Allah SWT menghiasi 10 perkara dengan 10 perkara;

1. Langit dihiasi dengan bulan bintang sebagai pelengkapnya.
2. Syurga dihiasi dengan para bidadari sebagai penyerinya.
3. Malaikat dihiasi Jibril sebagai ketuanya.
4. Para nabi dan rasul dihiasi Nabi Muhammad SAW sebagai penutupnya.
5. Segala kitab yang diturunkan dihiasi al-Quran sebagai pengakhirannya.
6. Masjid-masjid yang ada hanya Masjid al-Haram dihiasi darjat yang paling tinggi beribadah di dalamnya.
7. Sungai di dunia dihiasi dengan Sungai Nil yang dimaklumi manfaat dari dahulu kala hingga kini.
8. Kecantikan alam ini dapat digambarkan dengan keadaan Nabi Yusuf AS yang dihiasi Allah SWT personaliti paling cantik.
9. Setiap hari dalam seminggu dihiasi dengan Hari Jumaat sebagai penghulunya.
10. Bulan yang ada dihiasi dengan bulan Ramadhan sebagai bulan yang mempunyai pelbagai kelebihan.

Di samping itu Allah SWT turut menjadikan lima racun dan padanya lima penawar;

1. Dunia, zuhud sebagai penawarnya.
2. Harta, zakat sebagai penawarnya.
3. Nista, zikir sebagai penawarnya.
4. Riya’, ikhlas sebagai penawarnya.
5. Setiap tahun, Ramadhan sebagai penawarnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; tidur orang yang berpuasa adalah ibadah, senyap orang yang berpuasa adalah tasbih, setiap dosa kecil orang yang berpuasa diampun, amal ibadah orang yang berpuasa diberi ganjaran berganda dan doa orang yang berpuasa diperkenankan.

Diriwayatkan seorang sahabat bermimpi, di dalam mimpinya dia melihat tentang ganjaran amalan yang telah dilakukannya terhadap orang lain. Allah SWT mempertontonkan kepadanya walau dia lakukan sedikit tetapi ganjarannya cukup besar. Mimpinya adalah;

1. Untung kalau banyak kali, ini kerana beliau hanya sekali menolong orang tua yang berada di dalam kesusahan. Alangkah baiknya jika dapat menolong banyak kali.
2. Untung kalau banyak, ini kerana pernah suatu ketika beliau mempunyai segelas susu dan dua buku roti. Pada masa tersebut ada seorang yang sangat memerlukan meminta makanan daripadanya lalu diberikan salah satu roti yang dimilikinya dan susu diminumnya seorang. Alangkah baiknya kalau dia dapat memberi banyak kepada orang tersebut.
3. Untung kalau baru, ianya berlaku ketika mana seorang miskin amat memerlukan pakaian lalu diberikan kepada orang tersebut pakaiannya yang telah terpakai. Sedangkan alangkah baik jika dia memberikan pakaian yang baru dan cantik.

Begitu pula keadaannya suatu ketika Rasulullah SAW menaiki tangga mimbar pertama diucapkan amin, tangga kedua amin dan tangga ketiga amin.

Setelah selesai berkhutbah para sahabat bertanyakan Rasulullah SAW tentang ucapan aminnya tadi. Rasulullah SAW menjelaskan;
1. Semasa menaiki anak tangga pertama Jibril memberitahunya setiap kali bila nama Rasulullah SAW disebutkan tidak ramai yang mengucapkan selawat ke atasnya.
2. Semasa menaiki anak tangga kedua Jibril menjelaskan ramai di kalangan ibubapa yang anaknya tidak mendoakan agar Allah SWT mengampunkan dosa kedua ibubapa mereka.
3. Semasa menaiki anak tangga ketiga Jibril mengatakan manusia bertemu Ramadhan tetapi dosa-dosa mereka tetap tidak terampun.

Itulah sedikit sebanyak yang boleh dimuhasabahkan kepada kita tatkala bertemu Ramadhan yang mana padanya pelbagai kebaikan, kenikmatan, kerahmatan dan keampunan dari Allah SWT.

Kuliah Ramadhan Ustaz Abu Hasan al-Ash’ari 10 Ramadhan 1430